keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 June 2014

14 anggota keluarga ada 6 jari tangan dan kaki



LIMA anggota keluarga da Silva yang memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki iaitu Bernardo (kiri), Silvia (dua dari kiri), Pedro (tengah), Silvana (dua dari kanan) dan de Assis (kanan) bergambar di Brasilia kelmarin.

BRASILIA, Brazil - Seramai 14 anggota keluarga da Silva mempunyai enam jari tangan dan enam jari kaki sejak mereka dilahirkan di negara ini.

Keluarga itu yang tinggal di Aguas Claras berdekatan bandar raya ini memiliki keistimewaan tersebut kerana mereka menghidap penyakit genetik yang dikenali sebagai polidaktili.

Antara anggota keluarga itu yang memiliki lebih satu jari berbanding manusia normal itu ialah Bernardo de Assis, Silvia Santos da Silva, Pedro de Assis, Silvana Santos da Silva, Joao de Assis, dan Ana Carolina Santos.

Keluarga itu bangga dengan kelebihan yang dimiliki mereka dan berharap Brazil akan menjadi juara bola sepak Piala Dunia buat kali keenam pada bulan depan.

Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai depan di Brazil.

Anggota-anggota keluarga itu juga boleh memasak, memetik gitar dan bermain bola sepak dengan menggunakan semua jari mereka.

Seorang anggota keluarga itu, Joao de Assis da Silva, 15, bercita-cia masuk menjadi penjaga gol apabila meningkat dewasa.

"Setiap orang di Brazil menyintai sukan bola sepak dan mahu menjadi bintang sukan itu sejurus selepas mereka membesar," katanya sambil kakinya menendang bola sepak di atas gelanggang bola keranjang dengan dua sepupunya.

"Memiliki enam jari telah membantu saya bermain bola sepak.

"Saya boleh memegang bola itu dengan mudah. Tangan saya lebih besar berbanding orang lain," tambahnya.

Anggota keluarga itu yang pertama memiliki enam jari ialah moyang de Assis.

Beberapa ahli keluarga wanita itu telah memotong ibu jari kaki bagi membolehkan mereka memakai kasut.

Namun, golongan lelaki keluarga tersebut kekal menyimpan semua enam jari kaki mereka.

Salah seorang anggota keluarga itu, Silvia Santos da Silva berkata, anggota-anggota keturunannya yang dilahirkan tanpa enam jari tangan dan enam jari kaki akan berasa terasing ketika berada dalam famili tersebut.

"Bapa saya kerap mendapati memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki sebagai sesuatu yang normal," katanya yang merupakan nenek kepada keluarga da Silva.

Menurut Silvia, bapanya itu sebaliknya akan menganggap manusia yang memiliki lima jari tangan dan lima jari kaki pula sebagai sesuatu yang luar biasa.

Dia berkata, cucunya yang memiliki lima jari berasa dirinya terasing di dalam keluarga tersebut.

Brazil memenangi perlawanan pembukaan menentang Croatia dengan keputusan 3-1 tetapi seri 0-0 ketika bertemu dengan Mexico.

Skuad bola sepak negara ini akan menentang Cameroon di Brasilia esok pada perlawanan terakhir kumpulan A

No comments :

Post a Comment