keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

sibuk berpolitik dan jaga gaji pengerusinya...SYABAS boleh kata bekalan air terawat BELUM CUKUP...syarikat air kroni ini dah wajar di lupuskan kewujudannya...!!!






KUALA LUMPUR – Orang ramai digesa supaya terus berjimat cermat dan mengamalkan penggunaan berhemah meskipun catuan bekalan air telah ditamatkan oleh kerajaan Selangor pada 1 Mei lalu.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred Dharan berkata, kapasiti bekalan air terawat di Lembah Klang masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.

“Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mencukupi bagi menampung sepenuhnya permintaan pengguna terutama pada waktu puncak dengan rezab bekalan air terawat berada di paras kurang daripada satu peratus.

“Oleh demikian, para pengguna disarankan agar terus mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan air dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang kejadian paip pecah atau bocor kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk membantu mengelakkan pembaziran.

Media pada 30 April lalu melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan bekalan air ditamatkan selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bekalan air adalah mencukupi

No comments :

Post a Comment