keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

09 May 2014

agensi rasuah thai dapati yingluck cuai laksana tugas sementara agensi rasuah malaysia jadi pondan mendakwa najib gagal membasmi rasuah dan penyelewengan wang rakyat....!!!



YINGLUCK memegang tangan para penyokongnya di pinggir Bangkok kelmarin.

BANGKOK - Yingluck Shinawatra yang dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan kelmarin, didapati bersalah lagi semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) mendapati dia cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras, lapor agensi Bernama semalam.

Pihak NACC memperakukan supaya pertuduhan terhadap Yingluck dibuat berdasarkan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dasar Beras Kebangsaan.

Jawatan itu menyebabkan dia bertanggungjawab menyelia satu skim subsidi yang menyaksikan kerajaan membeli beras petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Yingluck kini menghadapi undian dipecat dari Dewan Senat dan jika didapati bersalah, beliau dilarang menyertai politik selama lima tahun.

Pihak NACC menyatakan, keputusan Yingluck cuai itu hanya untuk membolehkan dia didakwa di Dewan Senat manakala prosedur jenayah ke atasnya akan diteruskan.

Keputusan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota NACC.

Menurut NACC, Yingluck mempunyai niat untuk menyalahgunakan kuasa yang melanggar perlembagaan berkaitan pelaksanaan dasar.

Suruhanjaya itu mendapati, Yingluck mengaku tahu tentang rasuah dalam skim itu semasa prosiding tetapi dia tidak mengambil tindakan yang dianggap sebagai kecuaian.

Siasatan agensi pencegah rasuah itu menemui bukti tentang rasuah yang berleluasa dalam skim itu.

Kerajaan masih berhutang berbilion-bilion Baht dengan petani dan menyimpan lambakan beras yang tidak terjual di seluruh negara.

Pihak NACC membuat keputusan itu sehari selepas Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan Yingluck dan sembilan daripada anggota Kabinetnya dalam kes berasingan membabitkan pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan Thawil Pliensri.

Bagaimanapun, parti Thaksin Pheu Thai masih berkuasa kerana kebanyakan anggota kerajaan sementara masih memegang jawatan.

Jawatan Perdana Menteri itu dipegang Menteri Perdagangan, Niwatthamrong Boonsongphaisan yang merupakan sekutu Yingluck.

Selama berbulan-bulan, kumpulan antikerajaan telah cuba mengulingkan Yingluck, bermula dengan langkah oleh penyokong kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang pengampunan.

Para pengkritik menganggap langkah itu sebagai percubaan untuk mendapatkan pengampunan untuk abang Yingluck, Thaksin Shinawatra dan membuka jalan untuk dia kembali selepas tinggal dalam buangan di luar negara.

Tindakan Yingluck itu menyebabkan protes jalanan dilakukan oleh penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat yang diketuai Suthep Thaugsuban.

Pilihan raya umum yang berlangsung pada Februari lalu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah selepas proses pilihan raya diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang bertapak kukuh di Bangkok dan selatan negara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 20 Julai depan tetapi dibantah beberapa kumpulan pembangkang, menuntut supaya beberapa pembaharuan dilakukan terlebih dahulu.

Pada hari ini, kumpulan antikerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran manakala pada Sabtu ini, kumpulan Baju Merah yang prokerajaan akan mengadakan perhimpunan.

Dalam pada itu, sebutir bom tangan dibaling ke dalam rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan Thailand sehari selepas mahkamah memecat Yingluck sebagai Perdana Menteri kerana salah guna kuasa, kata polis semalam.

Seorang pegawai polis, Kamthorn Auicharoen berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan penyerang hanya mahu mencetuskan ketegangan terhadap krisis politik yang semakin meruncing di negara ini.

Pejabat sebuah bank komersial utama Thailand dan sebuah kemudahan penyelidikan saintifik turut mengalami kerosakan akibat serangan serupa pada malam kelmarin.

Mahkamah kelmarin mendapati Yingluck bersalah menyalahguna kuasa dengan menukar ketua Majlis Keselamatan Negara pada 2011 kepada jawatan lain demi kepentingan politiknya.


kisah kisah  agensi rasuah  malaysia ( SPRM )  jadi pondan  menyiasat  dan mendakwa  najib ,keluarga dan kroni kroninya  di bawah ini ...!!!




kroni kenyang sekali lagi....kos baik Pulih stadium cecah Rrm100 juta....sekali lagi duit rakyat di bazirkan....!!!!


anak mahathir jual saham berjumlah RM 818 juta....mana dia dapat duit sebanyak itu untuk membeli saham...SPRM tiada telor kah untuk menyiasat....!!!


sibuk berpolitik dan jaga gaji pengerusinya...SYABAS boleh kata bekalan air terawat BELUM CUKUP...syarikat air kroni ini dah wajar di lupuskan kewujudannya...!!!


panda di utamakan rakyat sendiri hidup melarat di pinggirkan...bagusnya kalau panda terus di tiadakan kedatangannya ke negara ini tidak di alu alukan.....!!!


malindo syarikat penerbangan proxy rosmah bini najib rasmi KLIA2


hari hari mau rompak duit rakyat itu pasal kos RM400 bilion untuk beli semula semua lebuh raya di negara ini tidak masuk akal...!!!


anak rosmah beli rumah RM110 juta di new york...mana dia dan maknya  dia rembat  duit  haram...?


Keluarga Shahrizat didakwa guna RM600k kad kredit NFC


Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar Australia pula


SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa





No comments :

Post a Comment