keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 May 2014

bangau oh bangau enggan letak jawatan...lewat bertindak kehilangan MH370, perlu tanya kawalan udara Vietnam kata pengarah DCA





Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berkata jarak masa 17 minit dalam membuat pertanyaan mengenai kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah berpunca dari pusat kawalan trafik udara di Vietnam.

Datuk Azharuddin Abdul Rahman (gambar) semalam mengulas jarak 17 minit selepas perhubungan terakhir MH370 dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Katanya, terpulang kepada pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan untuk menyiasat mengapa Pusat Kawalan Trafik Udara Ho Chi Minh (HCMATCC) mengambil masa 17 minit untuk membuat pertanyaan kepada KLATCC.

Azharuddin berkata protokol menetapkan masa 5 minit untuk pesawat itu menghubungi HCMATCC sebaik sahaja ia melepas waypoint IGARI, iaitu sempadan di mana sesuatu pesawat akan mula dipantau oleh Vietnam. Namun, HCMATCC menunggu 12 minit lagi sebelum menghubungi Kuala Lumpur.

Jarak masa 17 minit itu tercatat dalam laporan awal MH370 oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan dua hari lepas.

Laporan itu menyebut komunikasi terakhir antara MH370 dan KLATCC dibuat pada 1:21:04 waktu Malaysia, semasa ia melepasi IGARI.

17 minit kemudian, pada 1:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac, dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi

No comments :

Post a Comment