keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

09 May 2014

bukti kehilangan mh370 sememangnya telah di rancang oleh pihak tertinggi negara bila rakaman audio pesawat berkenaan telah di sunting...!!!



PAKAR siasatan forensik  mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.

Bahan bukti direka, diusik, diubah, diedit sesuka hati sudah menjadi rampan di dalam negara ini. Ia seperti wujudnya hasrat pihak tertentu untuk mempastikan bahan bukti itu berpihak kepadanya. Ia semacam mengesahkan tentang wujud sebuah konspirasi.

Di dalam isu MH370 sebelum kejadian rakaman perbualan audio disunting seperti laporan di atas, telah timbul juga kes dimana gambar fotokopi dua penumpang misteri bertindih

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,"

Itu jawapan polis apabila isu gambar suspek yang meragukan itu timbul.

Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan. Ia membuka ruang untuk pihak tertentu untuk memanipulasi bahan bukti.

Yang peliknya di Malaysia ini, bahan bukti yang tercemar dan bahan bukti rekaan/suntingan boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah

1 comment :

  1. Bukti yang meragukan sepatutnya tidak diterima. Ingat Hakim yang membuat tindakan undang - undang secara tidak adil akan dikenakan balasan Allah SWT. dengan lebih teruklah. Mahkahmah di dunia lu boleh rasuah mahkahmah di akhirat lu tak dapat rasuah bahkan duit rasuah yang lu ambil semasa hidup akan jadi saksi di mahkahmah akhirat kelak.

    Bukti yang direka, diubahsuai dan yang tak lengkap boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah kerana mereka sudah di"kau tim" oleh "Wang Yang Maha Kuasa".

    Jual enjin jet,komisyen kapalselam,letup orang semua lepas tiada rayuan.Dengan yakin nak cuba kes kapalterbang pasal ada banyak pengalaman dari fitnah sodomi 1,11,rampas perak,sunting video lucah sebab buat macam-macam bangsat bangsat dan geng ini masih berkuasa.

    Hebat lu umno.....dulu tipu malaysia guna spr....skrang dah masuk antarabangsalu dah bole tipu dunia....budak umno memang havoc....
    tipu jgn x tipu....

    ReplyDelete