keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 May 2014

ketidakcekapan dan kehilangan masa ganggu pencarian MH370..?..bagaimana pula jika kerajaan bermain sandiwara dalam hal ini..?..apakata kalau MH 370 telah di tembak jatuh di perairan vietnam dan pemimpin kerajaan BN cuba mendapatkan gantirugi secara senyap dari kerajaan vietnam...?



Kelemahan yang terdedah dalam laporan awal penerbangan Malaysia Airlines MH370 sangat membimbangkan dan menimbulkan persoalan berhubung kecekapan pusat operasi penerbangan itu, kata kapten Airbus A330 yang menulis buku tentang kemalangan Air France 447.

Dalam artikel beliau di CNN, Bill Palmer berkata laporan lima mukasurat itu menunjukkan Kementerian Pengangkutan Malaysia masih cuba melindungi segala maklumat yang diperolehi.

Beliau berkata perkara ini jelas dilihat apabila dibandingkan dengan laporan awal kemalangan lain seperti penerbangan Air France 447 yang begitu terperinci sekali.

"Apa yang kita dapat tahu daripada laporan ini adalah penerbangan itu memberitahu pengawal – yang sudah pun sedang mencari pesawat MH370 – bahawa keadaan itu normal, ia telah melambatkan pengetahuan bahawa pesawat itu sudah tersimpang beratus-ratus batu daripada jalan asalnya dan  melambatkan juga sebarang tindakan untuk mencarinya.

"Malah, masa yang berlalu tiga jam dan 52 minit antara pengawal di Ho Chi Minh, Vietnam melaporkan kepada pengawal trafik Kuala Lumpur, Malaysia bahawa pesawat MH370 belum menghubunginya, dan masa yang diambil untuk mengaktifkannya," kata Palmer, kapten Airbus 330 penerbangan besar dan penulis buku “Understanding Air France 447” yang menjelaskan butiran dan pengajaran hempasan pesawat itu.

Palmer berkata laporan awal mencatatkan pengawal Ho Chi Minh melaporkan ternampak pesawat MH370 di petunjuk arah Igari, kedudukan yang masih di dalam ruang udara Malaysia di mana pesawat tersebut diarahkan untuk menghubungi Ho Chi Minh, tetapi tiada hubungan suara.

Beliau memetik laporan itu mengatakan pengawal juga melihat “blip radar” hilang di atas satu lagi petunjuk arah dalam perjalanan pesawat itu di timur utara Igari, dalam ruang udara Ho Chi Minh dan kurang 100 batu dari selatan Vietnam.

Selepas tidak mendapat apa-apa respons daripada pesawat itu selama 17 minit, kedua-dua pengawal menghabiskan masa 20 minit cuba menghubungi pesawat itu melalui pelbagai frekuensi, kata laporan tersebut, dan melalui sambungan pesawat lain dalam ruangan itu seperti yang dijangkakan.

Palmer berkata pada detik inilah para pengawal mula merujuk kepada syarikat penerbangan, dan sejak itu keadaan bertambah pelik.

Pada 2.03 pagi waktu tempatan, pusat kawalan operasi Malaysia Airlines memberitahu penyelia di kawalan trafik Kuala Lumpur bahawa pesawat tersebut berada di ruang udara Cambodia‎.

1 comment :

  1. tidak mustahil apa apa pun berlaku jika ada duit di depan mata...peduuli apa dia dengan nasib penumpang mh 370...penipu ini dah makan komisen dari kehilangan mh 370...benda yg boleh mendatang duit bagi pemimpin perasuah kerajaan BN , depa akan sapu...dia x peduli duit rakyat yang menaggungnya...sandiwara tetap sandiwara...inilah budaya UMNO dulu kini dan selamanya

    Pemimpin yg dah biasa tipu, mmg buat keje ke mesti nak tipu tak byk sikit mesti ada nak tipu. Tak kira dlm hal yg kritikal pun mesti ada unsur tipu, yg pelik ni, puak2 berpakat menipu rakyat teramai, inilah jenis manusia yg pimpin, jaga rakyat, nak suruh jg harta negara, keselamatan negara, dll, apa lah malang yg menimpa rakyat Malaysia dapat pemimpin kaki tipu dan suke bodoh kan rakyat sendiri.

    ReplyDelete