keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 May 2014

menteri agama Indonesia suspek kes rasuah tabung haji vs menteri agama malaysia rembat duit zakat ...agensi antirasuah indonesia proaktif vs SPRM yang pondan...siapa yang telus sebenarnya...!!!




JAKARTA - Agensi antirasuah Indonesia kelmarin menamakan seorang menteri hal ehwal agama sebagai suspek kes rasuah melibatkan tabung bagi membantu jemaah melakukan ibadat haji di kota suci Mekah.

Menteri itu, Suryadharma Ali merupakan pegawai tinggi terbaharu daripada pentadbiran pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang disiasat berhubung kes rasuah.

Indonesia yang memiliki populasi penduduk Islam paling ramai di dunia, menghantar ramai jemaah untuk melakukan ibadat haji di Mekah pada setiap tahun.

Negara itu turut turus menguruskan simpanan tabung haji milik mereka.

Namun, Suruhanjaya Membasmi Rasuah melancarkan siasatan selepas beberapa transaksi meragukan bernilai AS$20 juta (RM64.14 juta) dikesan melibatkan tabung tersebut.

Jurucakap suruhanjaya itu, John Budi berkata, terdapat dakwaan rasuah dalam itu memproses haji antara tahun 2012 hingga 2013 manakala Suryadharma dinamakan sebagai suspek kes tersebut.

"Kerugian kepada negara masih lagi dikira. Namun, pemerintah membayar lebih AS$86.10 juta (RM276.55 juta) pada tahun tersebut untuk membiayai ibadat haji," katanya.

Suryadharma merupakan Ketua Parti Pembangunan Bersatu yang merupakan antara parti Islam di Indonesia. - AFP




Menteri Agama  Umno Salahguna Duit Zakat – Datuk Jamil Khir Guna Duit Zakat Biaya Yuran Guaman ?




KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

“Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

“Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

“Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah,” katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

“Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat,” katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

No comments :

Post a Comment