keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

19 May 2014

kes anak rosmah kumpul harta dan lembu sharizat merompak duit lembu cara haram SPRM tiba tiba jadi pondan....tapi kes yang ini boleh pulak di siasat ...apa pengerusi SPRM baru makan ubat kuat ke...?

SPRM: Pegawai penguatkuasa miliki RM1.5 juta hasil seludup diesel



contoh  setan setan ini yang mana  pengerusi  SPRM jadi bodoh lebih teruk dari berkandang kandang lembu...!!!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan terdapat kes membabitkan pegawai penguatkuasa yang mempunyai simpanan RM1.5 juta hasil aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya mendapat perintah untuk menyita akaun berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Terdapat juga kes pegawai penguatkuasa dikesan membeli lori, semata-mata untuk menjalankan aktiviti seludup diesel," katanya pada sidang media mengenai kes penyeludupan diesel, di Putrajaya, hari ini.


Beliau berkata, walaupun ia bukan tanggungjawab SPRM untuk menangani kes penyeludupan diesel namun suruhanjaya itu melihat kes berkenaan daripada sudut rasuah.

Katanya, sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 90 kes penyeludupan diesel disiasat dan menyebabkan kerajaan kerugian hampir RM50 juta.

Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguatkuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah.

"Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas," katanya.

Selain itu, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.

"Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea," katanya

1 comment :

  1. kalau kakitangan dr negeri2 pembangkang secepat kilat SPRM akan umumkan dan RTM,TV3 akan membuat liputan serta menyiarkan siang dn malam selama berbulan-bulan..mcm mana nak percaya kpd penguatkuasa yg d lantik oleh kerajaan yg tak amanah?...harapkan pagar,pagar makan padi.

    ceritanya serupa dengan cerita luncai terjun dengan labu labunya jawab yg lain biarkan semua nya yang lain selamat kaya tetap kAYA.

    nampaknya ini juga memang kerja pegawai atasan di lindungi gangster and YB

    ReplyDelete