keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
18 March 2014
auwwwwww....tunjuk sifat sebenar kaki spin UMNOngok.... nafi tuduhan enggan bekerjasama dengan FBI, Interpol....!!!!
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kanan) menunjukkan peta operasi mencari dan menyelamat terbaru berhubung pesawat MH370. Beliau juga menafikan keengganan Putrajaya untuk bekerjasama dengan FBI dan Interpol bagi menyiasat kehilangan pesawat itu
Putrajaya menafikan tuduhan mengatakan keengganan bekerjasama dengan pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Interpol dalam pencarian pesawat MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sejak hari pertama kerjasama diberikan dengan kedua-dua agensi penyiasatan tersebut.
"Itu tidak benar, ia jelas maklumat salah."Ia kerana kami telah bekerjasama dengan FBI dan Interpol sejak hari pertama," kata Hishammuddin dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.
Semalam ABC News melaporkan Malaysia berulang kali menolak tawaran Interpol untuk menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 walaupun kerajaan percaya pesawat hilang kerana "tindakan sengaja".
Bercakap kepada ABC News di Amerika Syarikat (AS), seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan itu menuduh kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat dan menolak tawaran Interpol untuk membantu.
"Ini merupakan taktik lama sebelum tragedi 9/11: Sembunyikan maklumat, jangan kongsi dengan sesiapa," kata pegawai tersebut seperti dilaporkan ABC News di laman sesawangnya merujuk kepada tragedi 11 September 2001 satu ketika dahulu.
Hari ini merupakan hari ke-10 pesawat MAS itu hilang. Operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun tiada sebarang petunjuk baru ditemui.
MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.
Labels:
MH 370
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment