keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

24 March 2014

lamborghini dipandu pelajar remuk...rm 1.2 juta lebur...insurance nak tanggung ke...?



KEADAAN kereta Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan kelmarin.

GUA MUSANG - Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu seorang pelajar kolej swasta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 4 petang kelmarin.

Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta mewah berkenaan, Ng Euken, 25, memotong sebuah lori yang berada di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, semasa kejadian sebuah lori dari arah bertentangan pula gagal mengelak menyebabkan kenderaan terbabit bergesel dengan kereta Lamborghini yang bernilai kira-kira RM1.2 juta itu.

"Lori tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah teksi di laluan bertentangan. Bagaimanapun hanya pemandu Lamborghini dan seorang penumpang di dalamnya mengalami cedera ringan," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

No comments :

Post a Comment