keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

28 March 2014

JAKIM sape lu nak ajar gua hah..?..jangan percaya teori rekaan sendiri, kata Jakim..tapi elok lah percaya kepada bomoh 1 malaysia.....betul betul celaka dan sial punya JAKIM @ JAKUN...!!!

MH370: Jangan percaya teori rekaan sendiri, kata Jakim





yang ini teori bukan  rekaan sendiri = halal...kan gitu...?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar perbuatan segelintir pihak yang suka menyebarkan spekulasi dan mencipta teori rekaan sendiri berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Melalui khutbah Jumaat hari ini, Jakim menyeru umat Islam agar lebih peka kepada perasaan ahli keluarga penumpang pesawat itu yang mengharapkan agar orang tersayang kembali.

“Usahlah mudah mempercayai pelbagai persepsi, dicipta bermacam andaian, dilempar segala kritikan dan disebarkan teori rekaan sendiri.

“Selamilah hati sanubari keluarga dan sanak saudara yang terlibat ini. Elakkan daripada menambah kesedihan mereka dengan membuat pelbagai spekulasi dan tohmahan fitnah,” kata Jakim melalui khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Hikmah di Sebalik Ketentuan Allah”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengumumkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain berdasarkan analisis data satelit Inmarsat yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan.

Najib berkata maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.

Jakim menyeru agar ahli keluarga penumpang bertawakal kepada Allah dan melakukan usaha yang termampu seperti solat hajat bagi memudahkan kerja mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Katanya, setiap apa berlaku adalah qada dan qadar Allah yang mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya selain umat Islam juga diseru berdoa kepada Allah agar diberikan ketenangan kepada ahli keluarga penumpang pesawat itu.

“Semoga usaha tersebut dipermudahkan Allah. Serahlah perkara ini kepada pihak berkuasa menanganinya dan bertawakallah kepada Allah. Berdoalah ke hadrat Allah agar mereka yang beragama Islam di bawah perlindungan Allah.

“Ingatlah bahawa kesabaran saat ditimpa musibah yang tidak diinginkan adalah senjata bagi orang yang beriman untuk merubahnya dengan penuh ketabahan,” katanya.

Semalam, cuaca buruk yang melanda selatan Lautan Hindi memaksa operasi SAR penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-20 ditangguhkan lagi.

Operasi itu yang bermula awal pagi melibatkan 11 pesawat dan lima kapal ditangguhkan apabila keadaan cuaca semakin buruk menjelang tengah hari.

"Semua pesawat kembali ke Perth dan kapal pula belayar meninggalkan kawasan pencarian," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam laman Twitternya.

No comments :

Post a Comment