keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

12 March 2014

JAKIM tersedak makan duit zakat ...akhir terkedu bila bomoh khurafat telah bermaharajalela menayangkan iklan freenya...



JAKIM teruja dengan aksi tikar terbang sebegini...akhirnya ada telor keluarkan fatwa perbuatan ini bertentangan dengan ajaran islam


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama

1 comment :

  1. JAKIM @ JAKUN tak payah la nak terikut buat lawak...tak payah nak bercakap panjang lebar daklam isu ini.rakyat yang beriman semua dah faham dengan amalan karut sebegini .

    BERTINDAK SEGERA. JEJAK SIAPA VIP YANG MEMANGGIL BOMOH BESAR NI. CARI SIAPA VIP YANG MENJADI PUNCA YANG MEMALUKAN AGAMA DAN NEGARA KITA NI. INGAT SATU DUNIA SEDANG MEMERHATIKAN KITA.

    ReplyDelete