keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

16 March 2014

bomoh khurafat tunjuk aksi tikar terbang di KLIA tidak di siasat...tiba tiba rumah kapten pesawat MH 370 yang hilang di siasat...!!!





pelik...bomoh khurafat sebegini tak pulak di siasat...



rumah kapten mh 307   kena siasat...

Polis menyerbu rumah juruterbang pesawat MH370 selepas pengesahan Datuk Seri Najib Razak pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya, kata seorang pegawai polis sebagaimana yang dilaporkan agensi berita Reuters kelmarin.

Anggota polis sampai ke rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, sebaik sahaja perdana menteri menamatkan sidang medianya.

Para penyiasat mengesahkan pesawat yang dikesan melalui radar tentera adalah MH370 yang hilang sejak seminggu lalu selepas sistem perhubungannya dimatikan sebelum melalui pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Zaharie dikatakan mempunyai sebuah simulator penerbangan yang besar di rumahnya di Seksyen 13, Shah Alam.

Beliau pula dikatakan menjadi pendiam sejak kebelakangan ini termasuk semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis dilihat tiba di rumah Zaharie, pada jam 2.42 petang kelmarin.

Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman mewah Laman Seri, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.

Pihak polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.

Pada 8.07 malam, polis dipercayai memeriksa rumah pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di Seksyen 7, kira-kira sejam sebelum beredar dengan sekurang-kurangnya dua beg kertas perang.

Mereka tiba di rumah Fariq dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sama, yang memasuki kawasan kediaman Zaharie.

Turut kelihatan di luar rumah itu ialah MPV berwarna kelabu dan sebuah  Toyota Vios.

Sejumlah empat lelaki berpakaian preman yang menaiki MPV putih serta enam individu lain, kesemuanya dipercayai pegawai polis, dilihat memasuki rumah Fariq

1 comment :

  1. Rumah Bomoh UMNO1 Malaysia tak siasat...sbb bomoh sudah terbang dengan permaidani ajaib nya ke Kampung pasir 2 butir....kalau di siasat pun tu takut kena penampar plak......ha ha ha

    ReplyDelete