islam di perlekehkan jejak syaitan di utamakan
Kita mempersoalkan langkah kerajaan menanggani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan memberi kebenaran “bomoh 1Malaysia” melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Oleh kerana tindakan khurafat sebegini imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.
Situasi memalukan itu ditambah dengan insiden kelmarin di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.
Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.
Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam
Laporan berita akhbar Utusan yang kerajaan UMNO membenarkan penggunaan bomoh ini.Laporan itu menyatakan tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh ia kemudian disaksikan oleh dunia antarabangsa dan Presiden Obama sendiri kagum dengan kebodohan itu.
tidak salah guna khidmat bomoh
Kita juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bangun dari tidurnya dan menjadi pemimpin yang cekap menangani krisis negara.
Mengambil insiden pesawat MH370, kerajaan sepatutnya melantik hanya seorang jurucakap.
Ambil contoh mengenai pencerobohan Japanese Red Army sekitar 1975 ketika krisis berjaya ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Osman S Cassim.
Ketika itu hanya satu sahaja arahan dan ia amat konsisten tidak seperti sekarang apabila menteri pengangkutan cakap lain, tentera cakap lain..
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.
Sebelum ini Najib membayar berjuta-juta ringgit kepada kepada Apco untuk bayar konsultasi imej perdana menteri itu.
Dengan apa yang bomoh itu sudah lakukan wang berjuta-juta ringgit pun tidak mampu untuk menebus semula maruah negara..
keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
13 March 2014
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment