keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
31 March 2014
AS sahkan tiada kaitan pengganas dalam kehilangan MH370 tetapi kerajaan Malaysia masih menuduh kapten pesawat tersebut terlibat dengan aktiviti itu...!!!
Amerika Syarikat mengesahkan tidak wujud perbuatan ganas atau ‘terrorism’ di sebalik kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein berkata; “Setakat ini tidak ada, spekulasi adalah tetapi tidak ada apa-apa (bukti serangan pengganas di udara).
Bercakap kepada CNN beliau berkata, “Ini adalah misi yang sangat sukar. Hakikat bahawa begitu banyak negara menyertainya… mencerminkan bahawa tidak ada sebarang kaedah untuk mengira fungsi yang itu pula (dengan baik)…
Beliau menambah,: “Kamu harus faham, perisikan Amerika tidak mempersiapkan dirinya untuk kapal yang terhempas,”.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.
Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat
Labels:
MH 370
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Najis tuduh juruterbang tu bukan kerana fakta...sebab juruterbang tu ahli pkr....dia nak spin issue...
ReplyDeleteSudah menjadi perangai dan tabiat manusia manapun, apabila terjadi sesuatu yang baik, mendabek dada "akulah yang menjayakannya" tetapi jika berlaku sesuatu yang buruk, mulalah jari telunjuk menuding ke arah orang lain.
Orang atas yg mengarah Capt Zaharie yg sedang bercuti memandu MH370 sama spt Musa Safri yg mengarah Azilah n Sirul membunuh Altantuya.
Siasat jgn tak siasat.
Semga Allah berikan pembalasan yg setimpal kepada mereka yang menuduh dan melakukan fitnah kepada zahari dn farid. Mereka2 ni memang x tahu takut dgn hukuman Allah