keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

19 March 2014

spin 360 darjah ...sepupu kata lain ...auwwwwww ni pulak kata lain...



sepupu dia cakap lain...nada menuduh


Perdana Menteri Sahkan MH370 Dilencongkan Dengan Sengaja

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TUn Razak sebentar tadi mengesahkan kapal MH370 telah dilencongkan dengan sengaja ke laluan baru.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat ia dirampas, tetapi beliau mengakui campur tangan secara sengaja telah menyebabkan kapal itu hilang daripada radar awam.

Beliau mengaku ia telah dengan sengaja diterbangkan pihak tertentu ke arah barat melintas semenanjung Malaysia.

Kata Najib, data memperlihatkan kapal masih di udara jam 8.11 pagi (perhubungan terakhir) walaupun ia sepatutnya sudah mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan kini bertumpu kepada koridor utara di kawasan Kazakstan dan Thailand serta koridor selatan (Indonesia dan laut selatan India).

 Penyiasat merumuskan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki pengalaman menerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas (hijacked) kapal MH370, mematikan alatan komunikasi dan mengubah haluan kapal, menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los Angeles Times dan Associated Press.

Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.




sepupu  yang ini pulak cakap lain...itulah sifat munafik  pemimpin UMNO...!!!


Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan menuduh mana-mana penumpang sebagai dalang dalam penerbangan MH370 yang masih hilang selagi tidak dibuktikan bersalah.

Selepas 12 hari pencarian MH370, fokus kini tertumpu kepada siasatan ke atas juruterbang, anak kapal dan penumpang. Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas tidak ditolak oleh penyiasat memandangkan laluan asal dipesongkan.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah," kata Hishammuddin dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Siasatan pihak polis kini dilakukan mengikut Seksyen 130C Kanun Keseksaan, kata Hishammuddin.

Beliau juga berkata, pihak sepatutnya terlibat dalam penyiasat juga dihubungi bagi membantu mendapatkan latar belakang semua penumpang.

"Kami sudah peroleh semakan latar belakang dari seluruh negara selain Ukraine dan Russia, semua penumpang warganegara dalam MH370.

"Setakat ini tiada maklumat signifikan ke atas mana-mana penumpang ditemui," kata beliau.

Semalam, bekas pembantu pengarah FBI, Bill Gavin di New York menasihatkan agar penyiasat menganggap semua penumpang sebagai suspek dan bukan mangsa.

Bercakap dalam program CNN "The Lead with Jake Tapper", Bill berkata, realiti yang perlu diterima adalah 239 penumpang dalam pesawat berkemungkinan mangsa dan juga suspek, sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Kamu perlu lihat semua penumpang dalam pesawat tersebut," kata Gavin dan menegaskan penyiasat perlu mencari latar belakang semua penumpang bagi mencari petunjuk.

"Kamu boleh asingkan beberapa individu yang mungkin bukan suspek, seperti kanak-kanak, warga tua, orang uzur. Kamu mungkin dapat kenal pasti mereka ini.

"Tapi yang penting, kamu perlu lihat keseluruhan kategori penumpang dalam pesawat itu," katanya.

Pihak berkuasa Malaysia mula menyiasat beberapa individu dalam pesawat MH30, antaranya juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantu, Fariq Abdul Hamid, 27.

Polis juga mengeledah rumah kedua-dua individu tersebut Sabtu lalu. Simulator penerbangan Zaharie juga dirampas dan dipasang semula di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penyiasat masih meneliti sebarang kemungkinan.

Setakat ini, pegawai penyiasat tidak menemui sebarang bukti bagi mengaitkan juruterbang ataupun individu lain berlatih pergerakan tertentu dalam simulator tersebut.

Keluarga dan rakan yang rapat dengan juruterbang tersebut tidak mempercayai kedua-dua mereka dengan sengaja "mengubah" laluan asal pesawat.

Kecenderungan politik juruterbang juga dipertimbangkan ketika ini, dan Zaharie dikatakan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya beberapa jam sebelum penerbangan berlepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar atas tuduhan liwat.

Walaupun jarak masa dengan kehilangan pesawat dan hukuman itu dijatuhkan dekat, tidak ada bukti mengaitkan kehilangan pesawat dengan juruterbang atau fahaman politik beliau.

Penyiasat juga sedang mengkaji latar belakang salah seorang penumpang, Mohammed Khairul Amri Selamat, seorang jurutera penerbangan awam Malaysia berusia 29 tahun yang bekerja untuk sebuah syarikat jet peribadi swasta.

Beliau berada dalam pantauan kerana pengetahuan penerbangan yang dimiliki.

"Saya yakin beliau tidak terlibat," kata bapa Khairul.

"Mereka dialu-alukan untuk menyiasat saya dan keluarga saya."

Fokus siasatan ketika ini tertumpu ke arah penumpang yang mempunyai latar belakang penerbangan memandangkan cara pesawat tersebut dipesongkan daripada laluan asal menunjukkan individu tersebut merancang dan mengetahui apa yang dilakukannya.

Semasa awal siasatan, pihak berkuasa menumpukan terhadap dua penumpang Iran, Pouri Nourmohammadi, 18, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, yang didapati menaiki pesawat menggunakan pasport dicuri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak andaian kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Polis percaya Nourmohammadi cuba untuk berhijrah ke Jerman menggunakan pasport Austria yang dicuri.

Ibunya menghubungi polis selepas anaknya tidak tiba di Frankfurt seperti yang diharapkan

No comments :

Post a Comment