keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

29 March 2014

dah jadikan lembu cucuk hidung dan dapat air percuma dari malaysia tentulah kata kritikan terhadap malaysia tidak adil



Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar Singapuran, K Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah tidak adil.

Menyifatkan kehilangan pesawat itu sebagai 'satu situasi yang amat luar biasa", beliau berkata hakikatnya terlalu sedikit maklumat untuk disiasat dan diketahui oleh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja berhubung insiden berkenaan.

Shanmugam berkata demikian pada sesi dialog anjuran Persatuan Wartawan Asing Singapura di Singapura, semalam.

Malaysia dikritik, terutama oleh media asing sejak pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Pada majlis sama, Shanmugam berkata, tidak terdapat kekurangan daripada segi kerjasama dan respons dalam kalangan negara Asean berhubung kehilangan MH370.

"Saya tidak fikir mana-mana negara Asean yang lewat dalam respons mereka daripada segala segi," katanya ketika diminta menilai tahap kerjasama dalam kalangan negara Asean untuk mencari pesawat malang itu

No comments :

Post a Comment