keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 March 2014

anwar kalah kali ke 3...nampaknya peguam mamak barua UMNO ketuai konsipirasi mengenakan anwar dalam kes liwat 2...!!!!



peguam mamak penjilat punggung UMNO...masih tak putus asa untuk menggenakan anwar ibrahim..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk kali ketiga bagi menghalang pelantikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes liwat II.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, hampir pasti bahawa Shafee akan mengetuai pasukan pendakwaan pada Khamis apabila rayuan Putrajaya untuk mengenepikan pembebasan Anwar didengar.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi, menolak permohonan Anwar, berkata, peguam itu tidak boleh dianggap sebagai tidak layak dan tidak sepatutnya hanya kerana lembaga disiplin mendapati beliau mempunyai salah laku.

"Hanya pendakwa raya boleh memutuskan sama ada DPP mengejut layak dan sesuai untuk mendakwa kes," katanya.

Balia berkata, tidak terdapat konflik kepentingan berhubung Shafee, atas alasan peguam itu perlu mempertahankan testimoni Jude Blacious Pereira, pegawai penyiasat dalam kes liwat.

Shafee, yang merupakan bekas pesuruhjaya Suhakam mendapati Pereira bukan saksi yang boleh dipercayai ketika inkuiri terhadap penahanan lima peguam di Balai Polis Brickfield pada 2007.

"Inkuiri tidak berkaitan dengan kes liwat," kata Balia.

Katanya, barisan hakim bersetuju dengan Shafee bahawa permohonan Anwar tidak memerlukan penelitian lanjut, tidak berasas dan penyalahgunaan proses mahkamah kerana dibuat untuk menangguhkan rayuan.

"Rayuan tertangguh sejak Julai tahun lalu dan tidak menjadi kepentingan umum untuk menangguhkannya lagi," katanya.

Mahkamah bagaimanapun enggan untuk mengarahkan kos dibayar Putrajaya kerana membuat permohonan tidak munasabah.

Mahkamah turut menolak rayuan Anwar untuk ke Mahkamah Persekutuan.

Awal hari ini, Shafee, yang tidak memfailkan afidavit terhadap permohonan ketiga Anwar, berkata peguam Karpal Singh dan klien beliau gagal untuk mengenepikan beliau.

"Saya masih lagi layak dan individu yang sesuai untuk menjadi timbalan pendakwa raya," katanya sebagai respon untuk denda RM5,000 dikenakan Lembaga Disiplin Pengamal Undang-Undang pada 2012.

Beliau berkata, hanya wartawan yang menggelar beliau wartawan hebat dan Majllis Peguam memfailkan rungutan kepada lembaga disiplin.

"Karpal telah melakukan kesalahan yang lebih serius terhadap Sultan tapi masih menjadi peguam," katanya.

Shafee berkata meskipun beliau didapati bersalah terhadap salah laku profesional, Majlis Peguam masih memperbaharui sijik kelayakan sebagai peguam dan mewakili klien.

Pelantikan beliau sebagai timbalan pendakwa raya dibuat oleh Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah.

Shafee berkata tiada kaitan dengan konflik kepentingan jika beliau kekal sebagai timbalan pendakwa raya kerana beliau hanya perlu mempertahankan testimoni Pereira dalam kes liwat.

Beliau berkata, tiga permohonan sebelum ini tidak berasas dan hanya untuk membazir masa mahkamah dan melambatkan proses pendengaran rayuan liwat II.

Anwar, katanya, telah melalui 69 penangguhan ketika perbicaraan dan lima lagi dalam rayuan sejak tahun lalu.

Karpal berkata, salah laku Shafee di bawah undang-undang perundangan layak membolehkan beliau disingkirkan sebagai timbalan pendakwa raya.

No comments :

Post a Comment