keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 April 2014

jangan hanya laporan bias media asing dikutuk....najib tuduh juruterbang larikan pesawat juga wajib di kutuk sekeras kerasnya...ini juga perbuatan melampau...!!!




     
di tuduh perampas oleh najib...memang bangsat punya PM...!!!


Rakan-rakan Kapten Zaharie Ahmad Shah mengutuk tindakan akhbar tabloid antarabangsa Daily Mail yang melaporkan juruterbang itu mengasingkan diri daripada keluarga sebelum menerbangkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Bekas rakan sekolah kepada juruterbang pesawat itu, Dr. Mohd. Ghouse Mohd. Noor berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan ia berunsur fitnah semata-mata.

"Saya kini sentiasa ada bersama keluarga Zaharie, saya telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut.

"Saya tidak faham dari mana mereka dapat cerita ini. Itu tidak benar sama sekali. Ada pihak yang sengaja manipulasi maklumat dari sumber yang tidak sahih," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian mengulas susulan laporan media antarabangsa yang mengatakan bahawa Zaharie berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana mempunyai masalah rumah tangga serta sedang dalam proses perceraian.

Menurut laporan oleh Daily Mail itu, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan telah memberitahu pihak penyiasat kononnya suaminya selalu mengenepikan ahli keluarganya dan hanya menghabiskan masa berjam-jam dengan simulator penerbangannya.

"Saya berharap individu yang sengaja mereka cerita mengenai perkara ini lebih sensitif dalam menyebarkan maklumat dan berfikir tentang perasaan ahli keluarga Zaharie, jangan mengada-adakan cerita tanpa bukti.

"Hairan sungguh bagaimana maklumat yang tidak sahih itu boleh dijadikan bahan berita,"katanya yang juga merupakan pengendali laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370'.

Turut membidas laporan media antarabangsa itu, seorang lagi bekas rakan sekolah Zaharie, Mohd. Nasir Othman yang meluahkan rasa kecewa dengan spekulasi baharu yang disebarkan.


"Tidak adil melemparkan tuduhan tanpa bukti yang sahih. Dalam situasi sekarang ini, tumpuan adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu dan bukannya menyebarkan spekulasi memburukkan peribadi mangsa yang terlibat,"katanya.

Dalam pada itu, anak Zaharie, Aishah mendakwa laporan Daily Mail mengenai bapanya itu sebagai satu fitnah yang lebih teruk daripada membunuh.

Melalui laman sosial Facebook miliknya kelmarin, Aishah, 28, telah memuat naik status yang ditujukan kepada Daily Mail dengan memetik sepotong ayat daripada al-Quran yang menyatakan dosa melakukan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

Aishah turut menyarankan supaya akhbar tabloid itu mempertimbangkan untuk membuat filem berikutan laporan yang didakwa sebagai tidak benar itu.

"Kepada Daily Mail, anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

"Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda," tulis Aishah melalui laman Facebooknya.


1 comment :

  1. kita jangan lupa media asing dapat maklumat ini pun daripada sumber media arus perdana dan ini semua agenda kerajaan haramjadah BN yang cuba mengambil publisi murahan untuk mendapatkan sokonganrakyat dengan menuduh pembangkang sebagai puncanya ...kalau tak ...tak kan PM sendiri boleh menuduh kapten pesawat sebagai perampas  mh 307 ..mentang mentang lah beliau adalah PKR & seumur hidup.......baca ini,,,

    Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat

    ReplyDelete