keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

09 March 2014

auwww...saya tidak terima sebarang maklumat mengenai serpihan pesawat....!!!!



ha ha..memang tidak terima maklumat...patut la...ini  rupa kerjanya....!!!

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) sekali lagi menafikan dakwaan berita berkenaan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya sehingga kini beliau tidak menerima maklumat mengenai perkembangan penemuan terbaru dalam operasi mencari mangsa pesawat MAS yang hilang pagi semalam.

"Saya belum dapat maklumat terkini, yang saya tahu ialah spekulasi seperti di Nanning dan minyak itu saya sudah maklumkan sebelum ini.

"Maklumat rasmi tentang serpihan itu masih tidak dimaklumkan kepada saya," katanya pada sidang media di Hotel Everly di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebentar tadi.

Katanya terdapat banyak laporan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu di mana sehingga kini kesahihannya tidak dapat disahkan oleh kerajaan.

"Kita tidak ada apa-apa perkembangan terkini, kemungkinan tentera Vietnam ada tapi kita tidak," katanya.

Katanya tumpahan minyak yang dikesan pada kali terakhir pesawat berkenaan hilang dari radar juga kesahihannya masih tidak dapat dipastikan dan siasatan masih lagi dilakukan.

‎Beliau berkata keutamaan kerajaan kini adalah memberi tumpuan dalam usaha mencari pesawat MH370.

"Sekarang ini tumpuan hanyalah kepada usaha mencari secara spekulasi dan kemungkinan kita akan nilai hanya selepas kita berjaya dalam operasi kita.

"Dan permintaan kesemua keluarga penumpang ‎juga menyatakan spekulasi yang timbul banyak menjejaskan emosi mereka," katanya.

Selain itu, Hishammuddin turut mengumumkan beliau akan turun ke Beijing bagi berjumpa dengan keluarga penumpang di China.

"Saya akan pergi bagaimanapun selagi pesawat masih belum ditemui, saya tidak akan pergi ke mana-mana. Saya akan duduk di situ.

"Mereka juga memahami bahawa kerajaan sudah melakukan sebaik mungkin untuk menangani krisis ini, dengan kehadiran saya biarlah mereka tahu isi hati saya," katanya.

Dalam sidang media itu Hishammuddin turut ditanya mengenai laporan empat penumpang yang menaiki pesawat dengan pasport yang dicuri.

Beliau mengesahkan hanya dua sahaja penumpang yang mempunyai identiti meragukan berbanding empat penumpang seperti dilaporkan media.

"Mengenai itu, media mendedahkan ada empat penumpang dengan pasport curi d‎an kita katakan bahawa akan sahkan kemudian.

"Dan kini saya mengesahkan bahawa hanya dua saya penumpang yang meragukan dan visual kamera pengawasan sudah dilihat termasuk dengan butiran peribadi di mana ia sudah dihantar kepada pihak risikan antarabangsa," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dengan menyifatkan ia akan mengganggu siasatan.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dalam tempoh 40 minit selepas berlepas daripada Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing.

Kehilangan pesawat MH370 itu dikatakan misteri apabila pakar penerbangan antarabangsa menyifatkan ia sebagai luar biasa

1 comment :

  1. jangan lupa salah kan mat sabu pulak...dulu komunis lepas tu syiah...kini perampas kapal terbang pulak...ha ha ha...syukur dapat negara pengganas seperti malaysia nie...dan boleh jugak lepas ni akan ada spekulasi anwar adalah pencetus kehilangan MAS 370...

    ReplyDelete