keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
12 March 2014
dua warga negara iran di tuduh guna passport palsu
KHALID (tengah) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang kelmarin
dua individu guna pasport palsu, papar gambar wajah sama di pasport
SEPANG - Polis mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja Iran berusia 19 tahun itu telah menggunakan pasport curi milik lelaki Austria, Christian Kozel, 30, untuk menaiki pesawat tersebut dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada awal Sabtu lalu bersama seorang rakannya.
Rakannya itu pula menggunakan pasport curi milik lelaki Itali bernama Luigi Maraldi, 37.
Difahamkan identiti pemegang pasport curi Itali itu ialah Delavar Syed Mohammad Reza, 30, juga disahkan warga Iran.
Polis masih menyiasat hubungan kedua-dua lelaki itu yang menggunakan pasport palsu.
Berikutan itu, menurut beliau, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan yang diketahui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Kedua-dua individu yang didapati menggunakan pasport palsu milik warga Austria dan Itali didapati memberikan dokumen perjalanan yang memiliki gambar yang serupa dengan pembawanya.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu berkenaan.
Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan menaiki pesawat MH370.
“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass) untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,” kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran biometriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod biometrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen.
Labels:
MH 370
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment