keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 March 2014

imej di satelit yang palsu atau kamu yang sembunyikan sesuatu untuk tujuan menipu...!!!

kunun katanya imej dikesan satelit China disahkan palsu



auwwwwww... (tengah) bercakap pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang kelmarin Turut kelihatan ialah Azharuddin (kiri) dan Ahmad Jauhari.

SEPANG - Penemuan mengenai objek terapung yang didakwa dikesan oleh satelit China di Laut China Selatan semalam, bukan hanya disahkan sebagai palsu, malah ia telah menyusahkan dan membuang masa pihak berkuasa yang terpaksa mengerahkan aset untuk bergegas ke kawasan tersebut.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kununnya  Duta Besar China, Dr. Huang Hukiang telah mengesahkan gambar tersebut telah dimuat naik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa negara itu sedang menjalankan siasatan bagi memburu individu tersebut.

Katanya, pihak berkuasa China kununnya  juga mengesahkan tiada sebarang objek berkaitan dengan MH370 dikesan oleh satelitnya di Laut China Selatan.

Gambar tersebut dikatakan diperoleh empat hari lalu iaitu selepas 48 jam pesawat MH370 dilaporkan hilang dari dikesan radar.

"Mereka (China) memberi jaminan akan menyalurkan segala maklumat yang hanya disahkan kepada kita.

"Saya tidak mahu tuduh-menuduh kononnya China lambat memberi maklumat awal kepada kita kerana ini merupakan usaha bersama. Belum pernah dalam sejarah operasi mencari dan menyelamat melibatkan begitu banyak negara dan aset.

"Mungkin ada pihak yang ingin melaga-lagakan keadaan ini, namun ia nampaknya tidak berhasil kerana niat kita ialah untuk mencari pesawat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.



IMEJ satelit China yang mendakwa menemui objek terapung yang dikaitkan dengan pesawat MH370 di Laut China Selatan.

CNN sebelum ini melaporkan satelit China mengesan tiga objek yang dikaitkan dengan pesawat yang hilang itu.

Menurut Hishammuddin, maklumat  yang kununnya palsu itu telah mengganggu kerana pihak berkuasa telah mengerahkan aset pagi semalam ke tempat yang dimaksudkan, namun tidak menemui apa-apa.

"Menjadi kebiasaan negara untuk tidak mendedahkan data kasar yang diperoleh dari radar, namun dalam kes ini, kami meletakkan usaha pencarian mengatasi keselamatan negara.

"Kami telah berkongsi maklumat dengan rakan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China untuk membantu," katanya.

Ujar Hishammuddin, pihak berkuasa juga bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS bagi membantu usaha mencari.

"FAA dan NTSB telah menyokong kita menjalankan operasi di kawasan barat Semenanjung selepas mendapati kita mempunyai asas untuk melakukannya berdasarkan kemungkinan pesawat telah berpatah balik," katanya.

1 comment :

  1. auwwwww...sudah lah jangan nak bersandiwara...sempat pulak ya nak berpolitik...bezakanlah tugas sebagai menteri dan ahli UMNO...sape pulak nak melaga lagakan nie..pihak pembangkang ke...cukuplah di lahad datu puak puak lahabau kamu menyalahkan pembangkang...la nie nak salahkan pembangkang pulak ke..?...betullah menteri menteri BN nie semuanya tak ade otak...!!!

    ReplyDelete