keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

05 March 2014

muka penipu terkena dakwat hitam



 MUKA Roy dipenuhi dakwat hitam di Mahkamah Tinggi di New Delhi semalam.

NEW DELHI - Muka Pengerusi Kumpulan Sahara, Subrata Roy terkena dakwat hitam yang dicurahkan seorang peguam, Manoj Sharma semasa dia tiba di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Sebuah stesen televisyen di India menyiarkan gambar muka Roy yang dipenuhi dakwat hitam itu.

Beberapa anggota polis kemudian bergegas membawa masuk Roy ke dalam mahkamah selepas kejadian itu berlaku.

"Saya membaling dakwat itu kerana dia seorang pencuri. Dia merompak wang daripada penduduk miskin," kata Sharma.

Sharma kemudian dipukul oleh beberapa penyokong Roy sebelum dia ditangkap polis.

Roy menghadiri pendengaran kesnya berhubung kes penipuan pelaburan yang menyebabkan dia berhutang lebih AS$3.5 bilion (RM11.47 bilion) kepada para pelaburnya




No comments :

Post a Comment