keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

02 March 2014

pegawai kastam singapura leka tengok video sambil proses passport



SESEORANG pasti  akan  rasa geram dan tidak puas hatinya apabila mendapati seorang pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi tidak melakukan tugasnya dengan baik.

Pegawai kastam itu dilihat sedang menonton filem di telefom bimbitnya pada masa sama sedang memproses dokumen orang ramai di lapangang terbang itu.

Pegawai kastam berkenaan tidak langsung mahu memberhentikan seketika video yang ditontonnya sebaliknya menjeling telefon bimbitnya berulang kali ketika sedang dalam tugas.

Seseorang telah  melihat seorang pegawai kastam Singapura di kaunter tuntutan pulangan semula Cukai Produk dan Perkhidmatan (GST) sedang menonton video ketika bertugas pada pagi semalam.

Muzik kedengaran kuat dari telefon bimbitnya, dan dia tidak kisah pun untuk memberhentikan seketika video yang ditontonnya dan menjalankan tugas.

Dia terus menjeling ke arah telefon bimbitnya berulang kali dan kemudian menyelesaikan urusan berkaitan pasport orang ramai..

Biarpun dikenali sebagai negara yang mempunyai sistem perkhidmatan awam antara yang terbaik di dunia, pasti ada kelemahan membabitkan sistem berkenaan yang masih boleh diperbaiki.

Selagi bernama manusia, pasti ada kelemahan dan kali ini ia diluahkan  oleh rakyat Singapura sendiri sebagai meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota Kastam Singapura dalam isu ini.

Biarpun aksinya dirakamkan di dalam telefon bimbit pun tidak disedarinya kerana asyik sangat menonton video.

No comments :

Post a Comment