keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

02 March 2014

pemberian BR1M memang tidak setimpal dengan pelbagai bayaran yang di kenakan kepada rakyat...!!!



KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, kata  penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini  kelmarin.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama kelmarin.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

“Sesiapa yang tidak mahu ikut peraturan ALLAH, kata hukum hudud tidak layak, tidak sesuai dan ketinggalan zaman, hadis-hadis ini penipu, tidak berterima kasih kepada ALLAH, dia lebih baik jangan hidup di bumi ALLAH.

“Melainkan kita diberitahu sama ada perkara tersebut (hudud) memang akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan bagi menyediakan pakar-pakar dan sebagainya supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna, kalau macam itu tidak apa, kalau hina hukum Allah, ia bermakna menghina hukum agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak yang berkaitan perlu mengambil serius perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.

“Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu. Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam,” katanya.


SINAR HARIAN

1 comment :

  1. BR1M tak serupa zakat...memang betol BR1M tidak adil kepada rakyat yang terbeban dengan pelbagai bayaran dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan...dapat pun tidak setimpal...ada golongan yang bayar cukai pendapatan lansung tidak mendapat manafaat dari BR1M...golongan yang di maksudkan adalah golongan pertengahan...nampaknya dalam keadaan apa pun golongan pertengahan yang jadi mangsa...contohnya gaji seorang melayakkan dia mendapat BR1M...tetapi bila di campurkan dengan isterinya yang bekerja menyebabkan dia x layak...tapi orang inilah yang terbeban dengan pelbagai bayaran kepada kerajaan...adilkah macam ini...orang lain yang tak bayar atau kurang bayar pelbagai bayaran kepada kerajaan dapat BR1M tapi kita yang terbeban dengan pelbagai bayaran tidak dapat apa apa faedah..??oleh itu apa pun kaedah samada BRIM ,BROOM atau BROOOSSS sekali pun di perkenalkan kepada rakyat...ianya tidak akan berlaku adil kepada sebahagian rakyat...!!!

    ReplyDelete