keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

18 March 2014

pemimpin BN amalkan dasar aparheid....jemput ahli parlimen BN dan tidak ahli parlimen pembangkang untuk mendengar taklimat mh 370



kita  mempersoalkan tindakan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana hanya menjemput hanya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan tidak pembangkang untuk sesi perbincangan tertutup berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Surat jemputan rasmi kementerian itu dihantar sendiri dan melalui fax berhubung perbincangan tertutup yang akan diadakan pada 18 Mac ini pada pukul 8.30 malam di Hotel Aloft, Kuala Lumpur.

kita  merasa kesal kenapa wujud perkara begini, seolah-olah merendahkan anggota Dewan Rakyat lain.

Tidak kira pembangkang atau BN, mereka tetap ahli Parlimen yang diberi mandat kepada rakyat yang mempunyai hak mengetahui apa berlaku di negara ini..

Keputusan untuk memilih parti menghadiri taklimat secara tidak langsung merendahkan integriti Parlimen.

Kita  ingin tahu salah ke ahli Parlimen pembangkang ingin bertanya? Adakah ia dianggap memperlekehkan kedudukan dewan rakyat.

Beliau (Hishammuddin) wajar  jelaskan kenapa surat itu hanya diberi kepada ahli Parlimen BN sahaja, malah menggunakan kepala surat rasmi kementerian itu..

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk menghormati kerahsiaan dan tidak mendedahkan kepada media sekiranya diminta untuk berbuat demikian.

Pihak pembangkang  mahukan bersama-sama mengetahui perkembangan dan situasi sebenar MH370.

Namun dengan tindakan  sebegitu seolah olah menunjukkan  pembangkang tidak boleh menyimpan rahsia.

Dalam surat Kementerian Pengangkutan dikeluarkan pada 14 Mac 2014 itu kementerian pengangkutan menjemput ahli Parlimen BN untuk menghadiri taklimat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

1 comment :

  1. Macam Malaysia ni mak bapak diorang yang punya !!!!!...BN-UMNO kan KAKI SPIN........kejap lagi mereka akan keluarkan kenyataan dengan bangga menuduh.....apa saja yang berlaku kat Malaysia ini semua salah Anuar. Kasian sungguh Si Anuar, hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

    Tentu ada rahsia dalam peti kebal kerajaan yang mungkin akan dibuka malam ini. Nanti panau, kurap, busung akan terdedah kepada seteru, pembangkang

    ReplyDelete