keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

18 March 2014

penglibatan anwar...media asing atau kerajaan yang sebenarnya spin cerita....mereka dapat maklumat pun dari negara ini juga. jadi siapa yang dapat keberuntungan politik dari cerita spin sebegini kalau bukan UMNO-BN...!!!



dengan membiarkan media asing mendapat maklumat dari  media arus perdana negara ini memudahkan cerita di sensasikan dan yang mendapat untung demi PRK kajang naati adalah UMNO-BN..!!!

Dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Katanya isu politik merupakan perkara kedua kerana fokus Putrajaya kini tertumpu ke arah misi mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

"Isu politik ini hanya dibangkitkan oleh media asing, kami masih kekal merentasi fahaman politik," kata Hishammuddin dengan tegas pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

"Pencarian adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini."

Beliau juga menggesa seluruh rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan politik ketika berdepan situasi krisis dalam kehilangan MH370.

"Saya gesa semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu ketika saat sukar ini, memandangkan fokus kita sekarang adalah mencari pesawat dan 239 nyawa," kata Hishammuddin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Akhbar tabloid Britian Daily Mail melaporkan pada Ahad kemungkinan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mensabotaj pesawat kerana kecewa Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, walaupun Zaharie merupakan anggota seumur hidup PKR, perkara ini mustahil untuk berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai orang.

Selepas lebih seminggu gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

1 comment :

  1. Cakap je kekal merintasi sempadan politik kononnya......tapi bila panggil utk taklimat pasal kehilangan MH379 hanya panggil wakil2 dari BN saje, wakil PR xdipanggil... ..Hishamuddin ni penipu.......UMNO bapak kelentong

    ReplyDelete