keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 March 2014

raja Bomoh nak saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam....baguihh tu...piii saman shahidan kassim dulu kalau ada telor...!!!!






Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak.



berita  dari shahidan kassim...


Shahidan nafi kerajaan dalang disebalik ‘bomoh do re mi’




Datuk Seri Shahidan Kassim (ketiga dari kanan) melawat ahli keluarga penumpang pesawat MH370 di sebuah hotel di Putrajaya Ahad lalu. – Gambar fail.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Beliau berkata amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang jelas bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Pihak berkuatkuasa agama tidak akan sesekali meluluskan perkara begitu dan saya lihat 'bomoh do re mi' dengan dayung dan tikar terbang, " katanya kepada pemberita di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Katanya tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar parti itu.

"‎Kerana orang kata dia pakai lencana 1Malaysia mereka kata kerajaan yang buat padahal kita takkan sekali benarkan perkara khurafat macam itu," katanya.

Shahidan berkata isu tersebut tidak patut diperbesarkan kerana fokus utama kerajaan kini adalah mencari pesawat hilang.

Semalam Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan “tikar terbang” yang dilakonkan oleh seniman agung Tan Sri P Ramlee.

1 comment :

  1. bomoh ni wujud kerana ramai orang percaya pada bomoh......datang ke KLIA pun ada yang jemput kalau tidak tak kan bomoh ni nak datang,soalnya siapa yang jemput........lu fikirlah sendiri.

    Ok cantik....mulakan saman anda dgn saman Jakim la dulu ya....ada berani ke??? haha

    heran betul mana pegi PERKASA? ibrahim ali zul nordin dan lain2 NGO yg byk bising psl isu kalimah Allah siap buat laporan polis lg tp bomoh ni main2kan kalimah Allah dlm upacaranya dorg ni senyap la plak. senyap dan hilang terus!

    nampaknya puak puak umno nie pondan pondan belaka...

    ReplyDelete