keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

01 March 2014

betul ke perkhidmatan kesihatan malaysia tangga ke-3 terbaik di dunia..?.. berita mengampu atau telah di bayar..?..kalau ke 3 terbaik dalam lingkungan negara afrika ok la jugak...!!!!



Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat penerbitan di Amerika, International Living mendapati bahawa sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia berada di tangga ke-3 terbaik dalam senarai 24 negara bagi Indeks Persaraan Global 2014 – mengenepikan negara seperti Sepanyol, Itali, Ireland dan New Zealand.

Indeks tersebut, seperti yang diterbitkan oleh sebuah majalah dari Baltimore, memuji sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia yang berjaya meraih 95 mata daripada jumlah keseluruhan 100 mata atas sebab di mana pengamal perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah ‘sama taraf atau lebih baik berbanding mutu perkhidmatan yang terdapat pada
kebanyakan negara Barat’.

Menurut koresponden Asia bagi portal InternationalLiving.com.,”buat masa ini, warga asing masih tidak mempunyai akses bagi sistem perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia. Namun kos bagi perkhidmatan kesihatan serta pilihan perkhidmatan insurans kesihatan di negara ini masih berada dalam kadar rendah di mana konsultasi doktor hanya bernilai ASD16 dan pemeriksaan gigi pula hanya bernilai ASD9.

Majalah bulanan yang memberi fokus kepada tempat-tempat menarik di dunia yang sesuai untuk didiami, bersara, mengembara dan melabur mengeluarkan kenyataan dalam salah satu daripada artikel mereka pada 6 Februari bahawa Malaysia berjaya meraih populariti sebagai destinasi perlancongan-perubatan kerana mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik dan termurah di dunia.

Perancis berjaya mendapat tempat pertama dalam senarai ini dengan 97 mata manakala Uruguay di tangga kedua dengan 96 mata.

Menurut majalah tersebut, indeks ini mengambil kira kos serta kualiti perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh setiap negara.

“Kos bagi setiap konsultasi doktor dan harga insurans kesihatan sahaja sudah cukup untuk menilai perkara ini.

“Selain itu, indeks ini juga menilai nisbah jumlah pesakit bagi setiap doktor, jumlah katil hospital untuk setiap 1,000 pesakit, kadar peratusan populasi yang mendapat bekalan air bersih, kadar kematian bayi, jangka hayat serta kos perkhidmatan kesihatan awam pada peratusan KDNK negara yang terlibat,” tambah majalah tersebut.



Sumber: The Star



cuba  baca  isu ini....

1 comment :

  1. ada banyak lagi....cuma ada kebanyakan pesakit malas nak buat komplain mungkin tidak tau cara atau takut di jadikan mangsa ' balas dendam' bila datang klinik

    cuma yang terbaru kes bayi jadi biru di johor bharu di sebabkan kerja berkira main tolak menolak dari kd ke kk hingga nyaris bayi tersebut menjadi korban...nasib baik ada seorang PTMP yang jawatanya telah di jumudkan dan di naikkan taraf sebagai kerani tetapi masih buat kerja kerja lamanya sebagai PTMP menyelamat keadaan .kalau tak dah riuh satu malaysia ....dengan tajuk nurse dah dapat elaun itu dan ini tapi kerja makan gaji buta...bayi maut tanpa layanan dan rawatan sewajarnya..

    dengar cerita PTMP tu sepanjang perkhidmatan lebih 25 tahun dan pencen tahun depan tidak pernah mendapat walau sekalipun anugerah perkhidmatan cemerlang…pelik sangat bunyinya…tak kan la sepanjang 25 tahun berkhidmat lansung mutu kerjanya tiada nilai..kalau macam tu kenapa pulak tiada tindakan disiplin terhadap beliau kalau mutu kerjanya di pertikaikan sedang kaki bodek yang pemalas buat kerja kerap mendapat anugerah cemerlang…

    tak tau la kalau kes yang dia dapat selamatkan bayi tersebut..sekadar ucapan terima kasih ya en zam...untong awak ada kalau tak habislah kita semua kena jawab surat berjela jela kepada pengarah kesihatan...setakat itu...habuk pun tak dak…

    jika tiada pembelaan yang sewajar dari ketua di situ dan juga amalan politik balas dendam peribadi dan pandang warna kulit menjadi trend kepada setengah setengah kakitangan yang kuat amalan perkauman...kalau nak tau..tengok peribahasa sudahla...memang tepat...kalau jumpa ular dan kaum tu...siapa kita nak bunuh dulu....faham faham sudahlah..???

    ReplyDelete