keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

10 March 2014

hah ...awwww buat spekulasi bukan 2 tetapi 4 penumpang misteri dalam pesawat MH 307 yang hilang



auwww....buat spekulasi selepas minum minuman ini...?

KETIKA ini terdapat empat nama yang disiasat agensi risikan Malaysia dan antarabangsa dalam kemungkinan penggunaan identiti dan pasport palsu di kalangan penumpang MH370 yang berlepas ke Beijing pukul 12.41 pagi, Sabtu lalu.

Jumlah itu merupakan penambahan lagi dua penumpang misteri berbanding yang dilaporkan sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media sebentar tadi.

Kesemua nama berkenaan menurut beliau, sedang disiasat dan unit anti-pengganas negara-negara berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370 telah diaktifkan untuk menyiasat kehilangan pesawat berkenaan.

Hishammuddin berkata, siasatan juga tidak tertumpu kepada empat individu berkenaan sebaliknya ia melibatkan kesemua 227 penumpang yang menaiki pesawat berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan hanya ada dua penumpang dipercayai menggunakan dokumen perjalanan curi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dua individu awal yang tidak dikenalpasti identitinya sehingga kini menggunakan identiti seorang warga Austria dan Itali, menurut laporan Reuters.

Kedua-dua individu itu iaitu Christian Kozel warga Austria dan Luigi Maraldi warga Itali.

Menurut kementerian luar negara berkenaan, kedua-duanya tidak berada di atas pesawat itu dan masih hidup.

Wakil jurucakap kementerian di Vienna, Austria berkata kedutaan negara itu menerima maklumat bahawa ada warga Austria di atas pesawat berkenaan.

“Sistem kami memberi maklum balas bahawa ia adalah pasport yang dicuri,” katanya.

Polis Austria juga menerumi Kozel selamat di rumahnya dan beliau mengaku pernah membuat laporan kehilangan pasportnya kira-kira dua tahun lalu ketika bercuti di Thailand.

Kementerian luar Itali pula memberi kenyataan tiada warga Itali sedang berada di atas pesawat biarpun nama Maraldi ada dalam senarai penumpang pesawat MH370 berkenaan.



Ibu Maraldi, Renata Lucchi memberitahu agensi berita Reuters bahawa pasport anaknya dicuri di Thailand pada 2013




DCA perbetul angka penumpang misteri


Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi memaklumkan hanya ada dua penumpang yang diketahui menggunakan identiti dan pasport palsu bukannya empat seperti dimaklumkan dalam sidang media pada awalnya.

Dalam sidang media terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan wujud 4 penumpang misteri dan beliau berkata perbincangan telah dilakukannya bersama agensi risikan tempatan dan antarabangsa untuk menyiasat identiti semua yang terlibat.

Bagaimanapun, Azharuddin yang kemudian mengatakan hanya ada dua sahaja individu diragui, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini digunakan untuk menyiasat individu berkenaan.

“Kita mempunyai rakaman cctv apabila dua individu berkenaan sedang mendaftar masuk dan ketika mereka memasuki pesawat untuk berlepas.

“Rakaman itu kini sedang digunakan dalam siasatan isu penggunaan pasport curi berkenaan melibatkan identiti seorang warga Itali dan seorang warga Austria,” katanya.

Tidak diketahui dari mana Hishammuddin mendapat angka empat itu kerana sejak dari awal media tempatan dan antarabangsa hanya melaporkan kewujudan dua individu misteri atas nama Christian Khozel (Austria) dan dan Luigi Maraldi (Itali).

Kedua individu berkenaan masih hidup menjadikan ada pihak lain telah menggunakan pasport mereka untuk terbang menggunakan MH307.

Azharuddin pada sidang media sama menegaskan sekali lagi bahawa hanya ada dua nama yang disyaki menggunakan identiti yang dicuri daripada orang lain dan berada dalam pesawat MH370 itu



No comments :

Post a Comment