keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

10 March 2014

penumpang dengan passport curi vs rekod kemasukan altantuya ...tiada yang peliknya jika cuai atau sememangnya di rancang...!!!



Persoalan terpenting yang sedang berlegar ketika ini ialah bagaimana dua individu yang memegang palsu milik orang lain dapat melepasi kawalan keselamatan di KLIA dalam insiden kehilangan secara misteri pesawat MH370 sejak Sabtu lalu.

Ini kerana, pasukan polis antarabangsa atau Interpol menyimpan pangkalan data untuk 39 juta dokumen perjalana yang hilang melibatkan 166 negara yang membolehkan pihak berkuasa di lapangan terbang seperti polis, imigresen atau pengawal sempadan memeriksa kesahihan sesuatu dokumen dalam beberapa saat sahaja.

Perkara berkenaan dinyatakan Interpol dalam laman web rasmi milik mereka.

Setakat ini, apa yang diketahui ialah pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi telah hilang pada 1 Ogos 2013 dan kehilangan itu telah pun dimasukkan ke pangkalan data Interpol, lapor agensi berita antarabangsa, Reuters.

Manakala AP pula melaporkan, Interpol mengesahkan tidak ada mana-mana pihak telah melakukan pemeriksaan berhubung pasport hilang di pangkalan data mereka dalam kes melibatkan MH370.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyiasatan sedang dijalankan dan hasil keputusan daripada siasatan itu akan diberitahu kepada orang awam selepas siasatan itu lengkap sepenuhnya.

Kata beliau, tindakan akan diambil terhadap Pegawai Imigresen bertugas yang membenarkan kedua-dua penumpang dengan pasport curi menaiki pesawat MH370.


Bapa buat laporan polis, rekod masuk Altantuya hilang



Diterbitkan: Rabu 27 Jun, 2007

SHAH ALAM:  Warga Mongolia, Dr Shaariibuu Setev, bapa kepada mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu membuat laporan polis di sini hari ini berhubung "kehilangan" nama anaknya dan nama dua lagi wanita negara itu, daripada rekod kemasukan Jabatan Imigresen.

Beliau membuat laporan itu di Pondok Polis Mahkamah Tinggi Shah Alam tengah hari tadi.

Kes pembunuhan Altantuya sedang berlangsung di mahkamah itu.

Semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu semalam, saksi keempat yang merupakan rakan Altantuya, Uuriintuya Gal-Ochir, menyebut mengenai kehilangan namanya daripada rekod kemasukan imigresen.

Karpal Singh, peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia dalam kes itu, berkata kehilangan nama daripada senarai kemasukan imigresen itu perlu dijelaskan kerana ia satu isu yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya.

"Satu siasatan perlu dijalankan bagi mengetahui kenapa nama Altantuya tidak ada dalam rekod," katanya.

Shaariibuu pula memberitahu pemberita menerusi seorang jurubahasa bahawa beliau hairan kenapa polis tidak mengambil sebarang keterangan daripadanya sedangkan beliau telah banyak membuat kenyataan kepada media sebelum perbicaraan kes itu bermula. BERNAMA


No comments :

Post a Comment