keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
28 February 2014
Air terjun Dari Mangkuk Tandas
JIKA biasanya anda melihat air terjun turun dengan sangat deras dari atas bukit, beza dengan yang satu ini. Seorang seniman China Shu Yong telah melakukan sesuatu yang mengejutkan, dengan membuat air terjun pada pameran porselin yang cukup membuat pelancong geleng-geleng kepala.
Ya, ini adalah air terjun teraneh yang pernah ada. Ribuan porselin kerusi tandas yang telah dikitar semula mengeluarkan air menyerupai air terjun yang tentu saja menarik perhatian banyak orang di Foshan, China selatan.
Ribuan tandas serta aksesori tandas lain, termasuk urinal, kembar, dan kerusi tandas terpampang rapi di sebuah dinding. Pameran ini direka untuk Festival Pottery dan Porcelain Tradeshow yang memaparkan pelbagai bentuk produk porselen sebagai bentuk penghormatan Yong pada benda-benda tersebut,
Air Terjun Tandas ini membentang sepanjang 100 meter dengan tinggi sekitar 5 meter dan kurang lebih dibuat dari 10 ribu porselen. Kini, air terjun ini dipasang secara kekal dan merupakan sebahagian daripada kesenian awam yang ada di China
Karya ini merupakan salah satu dari sekian banyak seramik yang berada di Shiwan Park dan telah dicipta oleh tangan ajaib Yong. Yong bersama dengan pasukannya telah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membuat air terjun tandas tersebut.
Tandas ini ia dapatkan dari hasil sumbangan orang asing atau penduduk tempatan dengan keadaan yang sudah tak layak pakai.
Pada umumnya, tandas memang mempunyai sambungan ke paip air sehingga dapat mengeluarkan air terjun untuk menghibur pelancong yang datang melihat karya Yong ini.
Labels:
macam macam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment