keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 February 2014

zoo tipu pengunjung ganti singa dengan anjing



Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing.

Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang.

Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak.

Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang.

Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut.

hihi..macam-macam cara nak tarik pengunjung

No comments :

Post a Comment