keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

17 February 2014

padah kebodohan cinta songsang dan bawa masuk awang hitam ke negara ini...duit simpanan ibu tunggal selama 40 tahun rm 6.5 juta habis di tibai !!!



LOVE scam atau Afrika scam yang didalangi warga Afrika pernah memperdayakan seorang wanita sebanyak RM6.5 juta sebelum ini. Dalam kes itu, seorang ibu tunggal berusia 63 tahun mula tertarik dengan pelawaan seorang lelaki kulit putih yang mendakwa dirinya jeneral tentera Amerika Syarikat untuk berkenalan melalui kiriman email.

Sejak menerima email pertama daripada lelaki terbabit, wanita yang mempunyai tiga firma audit dan bergelar jutawan mula menaruh kepercayaan kepada lelaki berkenaan yang mendakwa berusia 55 tahun. Sejak itu, mereka menjadi kekasih dan sering berbual di laman sosial seperti ‘Asia chating’. Dalam tempoh dua bulan berkenalan, lelaki terbabit berjanji untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai tiga anak itu. Pada masa sama, lelaki itu mendakwa akan menetap di Malaysia kerana bakal menjalankan perniagaan dengan syarikat petrolium iaitu Petronas yang akan membawa pulang hingga ratusan juta dolar Amerika.

Akibat kekurangan modal untuk memulakan perniagaan, ‘jeneral tentera’ itu meminta kekasihanya meminjamkan wang bagi menyelesaikan urusan dengan Petronas dan mempercepatkan lagi proses perkahwinan mereka. Kerana terlalu kemaruk dalam percintaan, wanita terbabit mula memindahkan wang berjumlah RM150,000 kepada satu akaun wanita tempatan lain yang dikatakan sebagai perunding perniagaan.

Sejak bulan ketiga hingga keenam mereka berkenalan, wanita itu telah memberikan wang berjumlah lebih satu juta kepada lelaki itu, sebelum menjual sebuah banglo miliknya di Bangsar bernilai RM3.5 juta dan beberapa bidang tanah yang kesemuanya berjumlah RM5 juta. Setelah habis kesemua wang simpanan dan aset, anak wanita tersebut kemudian membuat laporan polis kerana percaya ibu mereka telah ditipu. Siasatan polis selepas itu mendedahkan, jeneral tentera terbabit sebenarnya ialah 15 lelaki warga Afrika yang bersilih ganti menipu wanita berkenaan dalam tempoh lapan bulan.

Walaupun polis mendedahkan jeneral itu ialah warga Afrika yang tinggal di Puchong, namun ibu tunggal tersebut masih mempercayai kekasihnya dan memberikan wang berjumlah RM50,000 untuk kali terakhir. Selain wang, wanita berkenaan turut memberikan gambar dirinya yang boleh digunakan sebagai bahan untuk melakukan ugutan.

Hasil serbuan polis di sebuah kondominium di Puchong itu, seramai 15 lelaki warga Nigeria berusia antara 25 hingga 30 ditahan termasuk seorang wanita warga tempatan yang merupakan pemilik akaun ditahan. Turut dirampas 14 unit komputer riba, 20 telefon bimbit, 11 buku akaun bank dan 11 pelbagai jenis kad ATM. Wanita itu akhirnya kehilangan keseluruhan wang simpanan dan aset yang dikumpul sejak 40 tahun dalam tempoh 10 bulan kerana diperdaya oleh warga Afrika itu. – mStar

No comments :

Post a Comment