keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 February 2014

pulau pinang di tadbir cina DAP tolak kasino tapi johor di terajui umno berketurunan melayu dan beragama islam nakkan kasino...beginikah sifat pejuang kalimah Allah...!!!
















Kerajaan negeri  di gesa agar tidak membina kasino di negeri itu, susulan daripada wujudnya desas-desus yang bertiup kencang mengenai pembinaan sebuah kasino di Johor.

Kita  mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Johor.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan kasino dibina di negeri itu.

Walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda namun kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

Pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya.

Pelbagai masalah sosial dijangka berlaku yang akan memusnahkan institusi keluarga jika wujudnya sebuah kasino di Johor.

Perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata daripada segi keagamaan sahaja. Kegiatan berjudi juga merupakan sesuatu kegiatan yang tidak produktif.

Perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat dan tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat merosot dan kehilangan daya saing.

Atas sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negeri Johor memberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan pembinaan kasino di negeri Johor.

No comments :

Post a Comment