keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

17 February 2014

sotong gurita cuba curi kamera



MURRAY dan sotong itu saling 'berebut' kamera.

MONTEREY, California - Seekor sotong gurita yang mempunyai lapan kaki cuba mencuri sebuah kamera milik seorang penyelam di dasar laut Point Lobos di Carmel baru-baru ini. Kejadian itu berlaku ketika penyelam tersebut, Warren Murray menyelam bersama seorang rakannya, David Malvestuto. Murray yang sedang merakamkan gambar di dasar laut tidak menyangka kehadiran sotong tersebut kerana warnanya hampir sama dengan warna batu karang di dasar laut.

Namun, sotong tersebut gagal untuk melarikan kamera itu kerana Murray bertindak memegangnya dengan kuat walaupun ia cuba dirampas haiwan tersebut dengan menggunakan kakinya. Sotong itu kemudian bergerak meninggalkan Murray selepas ia gagal untuk melarikan kamera itu. Berita tersebut mendapat liputan berita NBC News pada 14 Februari lalu.

No comments :

Post a Comment