keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

23 February 2014

santau madura



ZAINAL tidak menyangka usaha untuk menjalankan perniagaan gerai makanan secara kecil-kecilan mendatangkan padah apabila dia menderita penyakit misteri akibat terkena buatan orang.

Cerita lelaki berusia 50 tahun tersebut, kejadian malang yang menimpa dirinya itu berlaku kira-kira setahun lalu selepas dia mengusahakan bisnes menjual sate di kawasan perumahan yang didiaminya di Selangor.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, perniagaan yang diusahakan bukan sahaja tidak menguntungkan malah pelbagai kejadian aneh menimpa dirinya dalam tempoh tersebut.

"Kedai saya langsung tak laku. Tiada seorang pun pelanggan yang datang beli atau singgah makan walaupun telah beroperasi selama hampir dua bulan.

"Saya dapat rasakan ia seolah-olah tidak wujud walaupun terletak betul-betul di tepi jalan laluan kenderaan keluar dan masuk ke kawasan perumahan ini," katanya.

Lebih merunsingkan, Zainal yang juga bekas kakitangan awam mendakwa dia seakan-akan malas untuk bekerja.

"Ada ketikanya, saya rasa berat hati untuk buka kedai walhal kerusi serta meja sudah siap diletakkan. Saya pernah suruh anak kemaskan semua barang-barang dan kemudian masuk semula ke dalam rumah lalu tidur," ceritanya.

Tambah Zainal, selain berat tulang, dia juga selalu berasa sakit kepala dan lenguh-lenguh badan.

"Apabila tiba waktu malam, tubuh rasa panas seperti dibakar namun kebah seketika selepas makan ubat.

"Selepas itu, rasa seram sejuk pula. Kadang-kadang, saya terpaksa memakai empat hingga lima helai baju tebal kerana terlalu sejuk," katanya sambil memberitahu, dia pernah dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor kerana penyakit misteri itu.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mendapati dia tidak menghidap sebarang penyakit malah tahap kesihatannya baik-baik sahaja.

Bimbang dengan keadaan yang melanda dirinya, Zainal kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional.

Zainal memberitahu, dia terpaksa berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan rawatan daripada bomoh-bomoh yang kononnya handal dan boleh menyembuhkan penyakitnya itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, masalah kesihatan yang dihidap lelaki bertubuh tegap itu tidak juga sembuh malah bertambah teruk.

Kata Zainal, dia hilang selera makan sehingga tubuhnya susut.

"Dahulu berat badan saya sekitar 90 kilogram (kg) tetapi selepas tiga bulan menderita penyakit itu, saya hilang sehingga 20 kg," ujarnya.

Selepas itu, Zainal dibawa keluarganya untuk dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam ketika pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



BISA santau yang dihidap Zainal dikatakan berpunca daripada jarum berkarat yang tertanam dalam tubuhnya. - Gambar hiasan

 Menurut Zainal, ustaz yang merawatnya memberitahu bahawa dia telah terkena ilmu hitam yang berpunca daripada perasaan hasad dengki.

"Saya terkejut apabila diberitahu terkena santau yang dihantar oleh pemilik gerai bersebelahan kedai saya. Dia yang merupakan peniaga burger dipercayai kurang senang kerana beranggapan bisnes yang saya jalankan akan memberi saingan kepada kedainya.

"Jadi, tidak hairanlah perniagaan saya tidak balik modal kerana mata pelanggan pun ‘ditutup’ supaya tak nampak kewujudan gerai saya," katanya.

Bertutur lanjut, Zainal berkata, sihir yang dihantar oleh bomoh Madura itu dihantar kepadanya melalui angin serta pemujaan syaitan atau jin.

Jelasnya, ketika menerima rawatan, dua biji telur ayam kampung digunakan untuk mengeluarkan bisa racun santau daripada tubuhnya.

Tiga batang jarum berkarat dikeluarkan daripada tubuh Zainal menerusi telur pertama manakala telur kedua berjaya ‘menarik’ keluar baki sebatang jarum yang tertinggal.

Kata Zainal, dia turut diberitahu bahawa limau nipis merupakan ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau angin.

"Saya muntah darah apabila diberi makan limau nipis bersama kicap kerana sifat santau itu dikatakan berlawanan dengan bahan berkenaan.

"Seterusnya, saya dimandikan dengan campuran air limau bagi menyingkirkan lebihan 'kotoran' selain untuk memulihkan tubuh," ujarnya.

Kini, setelah beberapa kali menjalani rawatan dalam tempoh sembilan bulan, keadaan Zainal bertambah baik dan sakit sendinya semakin pulih.

Bahan-bahan kotor yang ditanam di kedainya pula berjaya dikeluarkan dan dibuang ke alam ghaib.

No comments :

Post a Comment