keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

26 February 2014

harimau bintang berkeliaran di bandar



HARIMAU itu melompat dari sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Meerut.

MEERUT, India - Seekor harimau bintang jantan yang berkeliaran telah mencederakan enam orang di sini pada Ahad lalu.

Beberapa pegawai berkata, haiwan itu dilihat berkeliaran di sebuah hospital, pawagam dan kompleks apartmen.

Binatang buas itu juga melompat menerusi tingkap yang pecah di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.

Menurut pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah selepas usaha menangkap harimau itu gagal dilakukan oleh beberapa anggota polis.

"Kami melancarkan satu operasi besar-besaran untuk memburu binatang buas itu," kata seorang pegawai perhutanan dalam wawancara bersama akhbar India Times.

Menurut seorang pegawai perhutanan kepada portal berita dna, harimau itu tiba di bandar ini selepas ia memanjat sebuah trak yang mengangkut kayu dari Uttarakhand pada Ahad lalu.



No comments :

Post a Comment