keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
18 February 2014
rampas pesawat sendiri untuk minta suaka politik
SEBUAH kenderaan polis mengawal pesawat Boeing 767 milik Syarikat Penerbangan Ethiopia yang dirampas pembantu juruterbangnya sendiri
GENEVA - Seorang pembantu juruterbang Syarikat Penerbangan Ethiopia semalam merampas sebuah pesawat Boeing 767 yang dalam penerbangan dari Addis Ababa, Ethiopia ke Rome, Itali sebelum mendarat di Geneva bagi memohon suaka politik, kata polis. Seorang jurucakap polis Geneva, Eric Grandjean berkata, pembantu juruterbang berusia 31 itu ditahan selepas turun dari pintu kokpit dengan menggunakan tali sejurus pesawat berkenaan mendarat.
Katanya, suspek memberitahu dia mengambil kesempatan merampas pesawat itu apabila juruterbang pergi ke tandas. "Pembantu juruterbang warga Ethiopia memberitahu polis dia merampas pesawat berkenaan kerana dia berasa terancam di negaranya dan mahu mencari suaka politik di sini,'' katanya. Seramai 202 penumpang dan anak kapal berada di dalam pesawat berkenaan ketika rampasan berlaku tetapi tiada penumpang yang cedera.
Ujarnya, suspek menghubungi Lapangan Terbang Geneva dan memberitahu bahawa pesawat itu mempunyai masalah enjin serta perlu mendarat untuk mengisi minyak sebelum mendedahkan bahawa dia merampas pesawat berkenaan. "Pesawat itu juga diiringi dua jet pejuang di ruang udara Itali dan selamat mendarat di Geneva pada pukul 6.02 pagi waktu tempatan,'' jelasnya.
Labels:
luar negara
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment