keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

17 February 2014

fabrik khas akan baluti menara tertinggi di dunia



LAKARAN artis menunjukkan fabrik khas berada di sekeliling bangunan Burj Khalifa di Dubai.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Beberapa pereka merancang membalut bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dengan fabrik khas yang nipis sebagai salah satu hasil kerja seni. Rancangan tersebut dikemukakan oleh sebuah syarikat, Op-En bagi menjadikan bangunan setinggi 828 meter itu lebih menarik untuk dilihat oleh orang ramai. "Rancangan itu sangat bersesuaian dengan kemahsyuran Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia,'' kata syarikat berkenaan.

Cadangan itu dikemukakan selepas pihak pemaju memberi amaran bahawa perkhidmatan lif di bangunan tersebut kemungkinan terpaksa dihentikan sebagai langkah penjimatan elektrik selepas penghuni enggan membayar bil perkhidmatan. Wakil dari syarikat Emaar Properties berkata, ada di antara penghuni yang gagal untuk membayar caj perkhidmatan sehingga AS$25,000 (RM82,660) setahun sejak 2012. Menara Burj Khalifa mempunyai kira-kira 1,000 buah unit pangsapuri bermula dari tingkat 12 sehingga 108 dan mempunyai 2,909 jumlah anak tangga

No comments :

Post a Comment