DUA askar Israel keluar dari trak selepas kanister gas pemedih mata meletup di Bilin baru-baru ini.
RAMALLAH - Beberapa kanister gas pemedih mata meletup di dalam sebuah trak yang dinaiki beberapa anggota tentera Israel di wilayah Tebing Barat milik Palestin, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Ketika kejadian, empat anggota tentera Israel berada di dalam trak tersebut menyebabkan mereka turut terhidu gas tersebut.
Kejadian itu dianggap memalukan tentera Israel yang memiliki peralatan ketenteraan yang canggih.
Empat anggota tentera itu kemudian terpaksa keluar dari trak tersebut ekoran kejadian itu.
Kanister gas pemedih mata itu meletup ketika anggota-anggota tentera Israel tersebut mengejar kumpulan pemuda Palestin di kampung Bilin, Tebing Barat baru-baru ini.
Kumpulan pemuda itu dikejar selepas mereka bertempur dengan anggota-anggota tentera Israel dan penduduk Yahudi.
Dalam beberapa kes, penglihatan seseorang itu yang terkena gas pemedih mata mungkin akan terjejas buat selama-lamanya.
No comments :
Post a Comment