keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 February 2014

polo 1.6 pemasangan tempatan







VOLKSWAGEN Polo mula diperkenalkan pada tahun 1975 selepas membuat penjenamaan semula daripada model Audi 50 yang dilancarkan pada tahun 1974.

Penjenamaan semula bertujuan untuk menjual model berkenaan dengan harga yang lebih murah. Perbezaan ketara antara dua model itu kebanyakannya terletak pada aksesori Polo lebih asas berbanding Audi 50.

Sesuai dengan maksud Volkswagen yang bermaksud kereta rakyat, automotif keluaran Jerman itu perlu mampu milik.

Pada tahun 1978 pengeluaran Audi 50 dihentikan kerana kereta itu tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang.

Sejak diperkenalkan daripada generasi pertama hingga sekarang, Polo menjadi satu model global popular dan setakat ini sudah 14 bilion model itu terjual di 140 buah negara.

Awal tahun ini, pasukan Volkswagen dalam World Rally Championship di Monte Carlo telah dinobatkan sebagai juara dengan memandu jentera Polo.

Kejuaraan itu secara tidak langsung memberi impak dan gambaran kereta itu lasak dan tahan dalam perlumbaan di peringkat dunia dengan persaingan pelbagai jenama ternama lain.

Di negara ini pula, Polo Hatchback menjadi model ketiga pemasangan tempatan (CKD) di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang selepas Passat dan Polo Sedan. Model ini diperkenalkan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) tahun lalu.

Polo dengan enjin 1.6 liter membuat debut selepas Volkswagen Group Malaysia memperkenalkan pemasangan tempatan kepada pengguna di negara ini.

Dengan reka bentuk yang sporty dan dinamik model ini diharap menjadi pilihan untuk pengguna muda yang inginkan sebuah kereta yang tidak berkompromi dalam aspek keselesaan, keselamatan dan kualiti.

Polo 1.6 ini menawarkan gabungan terbaik dalam aspek ruang, kualiti dan prestasi selain penekanan terhadap alam sekitar.

Model yang dilengkapi dengan enjin 1.6 liter multi point injection (MPI) itu mampu memberikan kuasa maksimum 105 PS dan transmisi automatik enam kelajuan dengan Tiptronic membuatkan Polo ini memperoleh tork maksimum 153 Nm.

Sebagai rekod, ramai pengkritik automotif mendakwa sistem MPI tidak cekap berbanding sistem TSi yang dipasang dalam model Polo 1.2 TSi. Catatan penggunaan bahan api 6.3 liter untuk jarak perjalanan sejauh 100 kilometer juga mengundang banyak persoalan.

Sejumlah petugas media yang memandu uji Polo 1.6 berkenaan mendakwa jentera kecil itu terlalu dahagakan petrol manakala sistem suspensi agak keras berbanding model Polo 1.2 TSi.

Pun begitu, sistem audio yang dipertingkatkan kepada model RCD 320 membolehkan muzik dimainkan dalam format WMA dan MP3. Selain itu, model ini turut dibekalkan dengan hab USB, slot kad SD dan sambungan Bluetooth.

Antara ciri-ciri lain untuk keselesaan pemandu dan penumpang kereta ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin Climatronic bagi kawalan suhu sepenuhnya.

Di sebalik isu prestasi, Polo 1.6 perlu diberi pujian berhubung aspek keselamatan kerana ia menggunakan Inteligent Crash Respon System (ICRS), dua beg udara dan tingkap kuasa tidak tersepit pada semua tingkap dalam Polo ini.

Berbanding Polo 1.2 TSi yang sebelum ini menggunakan rim bersaiz 17 inci tetapi Polo 1.6 hanya menggunakan rim bersaiz 15 inci dengan tayar 185/60.

Menurut Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Christoph Aringer, model ini akan menjadi satu versi yang unik kerana ciri-ciri yang ditawarkan.

Katanya, pada tahun lalu Volkswagen Malaysia berjaya menjual 11,500 buah kereta dari semua model yang ditawarkan.

“Sasaran kami pada tahun ini sebanyak 20,000 buah kereta dan 65 peratus darinya ialah model yang dipasang tempatan (CKD).

“Kami juga akan mempercepatkan pemberian kereta kepada pelanggan dengan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu,” katanya dalam program The New Polo 1.6-Big On Fun di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Program The New Polo 1.6-Big On Fun itu telah disertai 36 wakil media permotoran. Antara aktiviti yang diadakan ialah membuat pemanduan sejauh 96 kilometer dengan memandu Volkswagen Polo 1.6.

Polo 1.6 baharu ini didatangkan dengan pilihan warna seperti putih, merah, kelabu, perak dan hitam. Harga yang ditawarkan bermula dari RM87,888. Namun bagi 500 pembeli pertama akan menerima harga RM85,888.

No comments :

Post a Comment