keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 February 2014

penipuan PRK Kajang sudah bermula...SPR bersekongkol import pendatang asing ke kajang untuk di daftarkan sebagai pengundi hantu BN...!!!!

Satu perkembangan pelik yang  telah di dedahkan berlaku di Kajang pagi kelmarin

Sepasukan pemantauan  telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang

Kita  mempersoalkan apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal.

Kita  tidak menolak  kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

Juga  menjadi  persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian kita setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan.Malah SPR masih bersekongkol  untuk terus diperkudakan pemerintah yang menipu dan korup.

Pihak SPR  wajar  memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, kita menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.











1 comment :

  1. kalau sudah kedapatan ada rakyat Myanmmar mengundi datang mengundi. Then No choice rakyat terpaksa demo on the stop hari itu juga untuk hentikan Pilihan Raya yang for sure tidak adil.Biar Seluruh dunia tahu yang Malaysia diperintah oleh seorang penipu.

    ReplyDelete