keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

22 February 2014

bila cinta buta inilah jadinya...bangsa di utamakan dari agama...kalau gagal berumahtangga nanti jangan menyusahkan jabatan agama...pergi aje ke negara afrika mengadu nasib...!!!

Salahkah Kami Berkahwin Dengan Warga Afrika?





KUALA LUMPUR – “Kenapa orang kita mudah bangga kalau melihat jodoh tempatan dengan orang putih, tetapi memandang serong kepada yang bersuamikan warga Afrika?

“Paling sedih masyarakat kita sentiasa dimomokkan cerita negatif mengaitkan warga asing ini dengan dadah, penipuan dan aktiviti menjual jam, sedangkan tidak semuanya begitu,” luah Presiden Pertubuhan Antarabangsa Malaysia-Afrika (MAYA) Siti Norhazwani Hamzah.

Menurutnya, persepsi rakyat negara ini terhadap warga Afrika seolah-olah sukar diperbaiki hingga tempiasnya meragut kebebasan anak yang lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa berkenaan.

“Sedar atau tidak, negara kita sebenarnya tidak pernah menghalang perkahwinan campur. Ramai orang Malaysia bertemu jodoh dengan orang putih dan menetap di negara asing.

“Malah di sini, ada yang memilih warga Thailand, Melayu tempatan bertemu Indonesia, India tempatan bertemu warga India, Cina di sini berkahwin dengan Cina Singapura dan itu tidak pernah menjadi masalah.

“Justeru, kami (golongan bersuamikan lelaki Afrika) jadi hairan. Kenapa perkahwinan kami dinilai secara negatif oleh kebanyakan pihak,” katanya yang turut bersuamikan lelaki Afrika.

Atas dasar ingin mengubah persepsi itu, Siti Norhazwani nekad mengumpulkan pasangan Malaysia-Afrika menerusi laman Facebook AfroAsian dan mewujudkan persatuan.

“Setakat ini kita mempunyai seramai 531 ahli, terdiri daripada lebih 100 pasangan Malaysia-Afrika yang sudah berkahwin serta masih bujang,” katanya. - Harian Metro

1 comment :

  1. tak kisah pun kalau ada spesis baru melayu nih...spesis melayu mat saleh pun dah lama ada..dan yang lain lain pun dah ada juga...kalau agama di utamakan tiada masaalah pun..tapi nafsu seronok dan cinta yang meluap luap ntah ape kejadahnya sampai isu agama di tolak tepi..lainlah kalau lelaki afrika atau bangsa asing itu telah lama menganut islam dan bukan masuk islam kerana nak berkahwin...kalau tengok gaya dia pun kita dah tau...bukan buruk sangka...dan tak semua perkahwinan koboi macam ini berkekalan hingga anak cucu...boleh kahwin tapi didik iman dulu sebab perkahwinan bukan sekadar berseronok seronok...sebab lelaki adalah guru kepada isteri...yang mengajar pendidikan islam kepada isteri dan bukan sebaliknya...

    ReplyDelete