keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 February 2014

gading gajah purba ditemui



SEORANG pekerja menunjukkan gading gajah purba yang ditemuinya di kawasan South Lake Union, Seattle pada Selasa lalu.

SEATTLE, Amerika Syarikat - Beberapa ahli paleontologi dari Universiti Washington berharap satu gading gajah purba yang ditemui di sini dapat dihantar ke kampus universiti itu untuk tujuan penyelidikan. Seorang ahli paleontologi dari Muzium Burke di sini berkata, ujian karbon ke atas gading tersebut akan dapat memberikan gambaran jelas tentang gajah itu.

Gajah itu hidup kira-kira 10,000 tahun lalu. Gading tersebut ditemui oleh beberapa orang pekerja sebuah syarikat memasang paip semasa mereka melakukan kerja-kerja penggalian di kawasan South Lake Union pada Selasa lalu. Pihak muzium itu kini menunggu kelulusan daripada pemilik hartanah di lokasi gading tersebut ditemui sebelum melakukan kerja-kerja pemindahan gading berkenaan.

No comments :

Post a Comment