keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 February 2014

Rakaman Video HD Pada Sony Xperia Z2




Peranti telefon pintar Sony D6503 yang dilancar sebagai Sony Xperia Z2 mungkin akan dilengkapi dengan kualiti imej yang terbaik sekaligus dilihat menyaingi mana-mana telefon pintar lain buat masa ini. Selain daripada kualiti rakaman video 4k, imej-imej “bocor” yang diperoleh berkenaan dengan peranti ini juga menunjukkan bahawa D6503 mungkin dilengkapi dengan perakam 60 bingkai-per-saat 1080p video HD serta pilihan kamera 15.5MP (5248×2952) bagi nisbah saiz 16:9.

Telefon pintar Sony terkini, Xperia Z1 menampilkan pilihan kualiti kamera serta nisbah saiz 20.7MP (4:3), 8MP (4:3), 8MP (16:9), 3MP (4.3) serta 2MP (16:9). Telefon pintar D6503 ini mungkin akan dilancarkan oleh Sony pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2014 pada 24 Febuari ini. Antara khabar angin lain yang dikaitkan dengan ciri rekaan peranti ini termasuk paparan skrin HD 5.2-inci, pemproses quad-core Snapdragon 800, memori RAM 3Gb serta kamera 20.7MP bagi rakaman video 4K selain penggunaan sistem Android 4.4.2 KitKat.

No comments :

Post a Comment