keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 February 2014

jadi gelandangan dan tikus bawah tanah di negara sendiri





GUAN Sheng sedang sibuk mencari pekerjaan dengan melayari internet di biliknya yang berkeluasan empat meter persegi. PEKERJA asing, Ye Yiwen bersama suami dan dua orang anaknya hidup sesak dalam sebuah bilik bawah tanah yang terletak berhampiran Stadium Olimpik Beijing, melindungi diri mereka daripada keadaan cuaca sejuk yang melanda dan kos hartanah yang melambung tinggi di ibu negara China itu. Keluarganya telah meninggalkan sebuah rumah berkeluasan 200 meter persegi di kawasan luar bandar yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Beijing.

Kini, mereka tinggal di ruang bawah tanah suram seluas 10 meter persegi yang hanya dapat menempatkan dua buah katil dan sebuah meja. "Kediaman lama kami di kampung lebih selesa. Tetapi, di sini merupakan tempat kami mencari rezeki," ujar Ye yang enggan mendedahkan nama sebenarnya. Perpindahan jutaan penduduk dari kawasan desa ke bandar-bandar utama di China merupakan penghijrahan terbesar dalam sejarah. Namun demikian, mereka yang terlibat tidak semestinya memperoleh kesejahteraan hidup di destinasi baharu itu.

Menurut pihak berkuasa Beijing, kira-kira 281,000 orang penduduk yang mendiami ruang bawah tanah dan bekas tempat perlindungan serangan udara sekitar bandar raya tersebut. Namun demikian, laporan-laporan lain menganggarkan angka tersebut melebihi satu juta orang. Menerima nama jolokan 'Puak Tikus' dalam kalangan penduduk tempatan, kumpulan ini sebahagian besarnya terdiri daripada pekerja migran miskin yang mencari peluang baharu di bandar-bandar maju negara berkenaan. Ye meninggalkan kampung halamannya di Wilayah Timur Anhui sejak 15 tahun lalu untuk hidup di Beijing.

Bekerja sebagai pembersih domestik di kawasan perkampungan Olimpik untuk menyara keluarganya di Guanjuncheng atau lebih dikenali sebagai Bandar Juara, wanita tersebut turut membawa dua anak lelakinya yang kini berusia 20 dan 21 tahun ke Beijing selepas mereka menamatkan persekolahan. "Tiada ruang bagi kami di dalam bilik ini. Saya juga tahu tidak sesuai untuk dijadikan kediaman bagi keluarga kami," ujarnya. 

Penghijrah seperti Ye menghadapi halangan besar untuk menetap di bandar-bandar besar negara China ekoran pelaksanaan sistem pendaftaran isi rumah yang dikenali sebagai hukou. November lalu, parti komunis yang mentadbir mengumumkan rancangan untuk membenarkan lebih banyak golongan petani berhijrah ke bandar. Namun, dengan kos hartanah yang melambung tinggi menyebabkan keluarga Ye, yang meraih pendapatan isi rumah 9,000 yuan sebulan (RM4,960), sukar memperoleh kediaman sendiri.



KELUARGA yang tinggal di bawah tanah sedang menikmati pelbagai hidangan sempena menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Menurut satu kaji selidik bebas oleh Akademi Indeks China, purata harga hartanah di Beijing yang juga merupakan bandar raya termahal di China, pada bulan Disember tahun lalu ialah sebanyak RM17 bagi setiap meter persegi. Ia merupakan lonjakan 28.3 peratus setiap tahun. "Di 100 buah bandar utama, harga kediaman baharu meningkat 11.51 peratus setiap tahun kepada RM6 untuk setiap meter persegi," katanya. Menurut laporan media tempatan, pada Disember tahun lalu, harga purata rumah di Beijing ialah 13.3 kali pendapatan purata.

Sementara itu, Bank Dunia menganggap sebagai lima nisbah satu mengikut had kemampuan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meletakkan pada kadar tiga nisbah satu. Kenaikan harga hartanah yang dianggap sebagai simptom jurang yang kian membesar antara golongan kaya dan miskin itu sentiasa menjadi punca rasa ketidakpuasan hati terhadap Parti Komunis yang memerintah. Seorang warga Beijing, Guan Sheng, 25, duduk di atas katil di dalam bilik bawah tanah seluas empat meter persegi sambil sibuk mencari pekerjaan melalui internet. Setiap hari dia terpaksa menghidu bau busuk dari tandas yang digunakan penduduk di situ.

Di atas kepalanya, kelihatan deretan baju digantung di atas paip keluli yang berkarat dengan cat yang menggelupas untuk dikeringkan. Paip yang membekalkan air panas kepada penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan yang sama itu juga berperanan sebagai sumber haba lelaki berkenaan. Guan, bukan nama sebenar, membayar 600 yuan (RM329) sebulan untuk tinggal di kediaman bawah tanah itu. "Penjimatan wang merupakan keutamaan saya berbanding keadaan tempat tinggal saya. Pada kebiasaannya saya membayar 30 yuan (RM16) sebulan untuk penggunaan elektrik dan 15 yuan (RM8) bagi air," ujarnya sambil berjalan di koridor suram kediamannya. Sungguhpun berbangga kerana dapat hidup di sebuah kediaman dengan bayaran yang murah, nadanya berubah apabila memberitahu bahawa beliau merasa tidak yakin dapat memiliki sebuah rumah sendiri di masa hadapan.

Terdapat segolongan penduduk di Beijing yang menetap jauh di bawah tanah, dalam keadaan yang lebih kotor. Pada Disember tahun lalu, media tempatan telah melaporkan sekumpulan penduduk yang hidup di dalam sebuah kawasan pembentungan. Migran-migran yang tinggal di situ telah dihantar pulang dan lurang tersebut ditutup segera pihak berkuasa untuk mengelakkan reputasi Beijing sebagai sebuah metropolis maju tercalar. Selain itu, ramai penduduk miskin di Beijing masih mendiami bekas-bekas tempat perlindungan udara yang dibina di serata Beijing oleh Parti Komunis selepas mengambil alih kuasa pentadbiran pada tahun 1949 sungguhpun tindakan itu telah diharamkan.

No comments :

Post a Comment