keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

14 February 2014

yahudi berniat memusnahkan masjid al-Aqsa









YAHUDI dibawa ke masuk ke Baitulmuqaddis pada tahun 1920-an oleh British selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

Alasan utama mereka dibawa masuk adalah untuk beribadat. Namun, tahun demi tahun jumlah pendatang Yahudi bertambah sehingga memaksa mereka membuka penempatan baharu di Baitulmuqaddis.

Ia memberikan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan iaitu rakyat Palestin yang beragama Islam, namun ia tidak diendahkan oleh masyarakat Yahudi.

Pada ketika itu, Yahudi menerima perlindungan daripada British. Jadi mereka berani untuk melakukan apa sahaja.

Selepas sekian lama, kini kuasa besar iaitu Amerika Syarikat pula bersekongkol dengan mereka.

Mengenai penggalian Istana Sulaiman oleh Israel / Yahudi, istana tersebut wujud di bawah Masjid-al Aqsa.

Bagaimanapun  yahudi hanya berminat untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan Kubah Emas berbanding menghidupkan lokasi suci mereka.

Baitulmuqaddis menjadi entiti terpenting bagi penganut agama Kristian, Islam dan Yahudi kerana ia mempunyai Baitul laham (tempat lahirnya Nabi Isa AS), Tembok Meratap (Yahudi) dan Masjid al-Aqsa serta Kubah Emas (Islam)






No comments :

Post a Comment