keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 June 2014

elak mengantuk sampai gantung rambut untuk ulang kaji pelajaran



PELAJAR universiti di China sanggup mencuba pelbagai kaedah berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran.

BEIJING - Seorang pelajar sebuah universiti di China menemui kaedah unik untuk berjaga malam bagi mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasannya, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Chen Tang, 20, bertindak mengikat rambut pada ampaian yang digantung pada siling bilik mereka untuk mengelak daripada tertidur semasa mengulang kaji pelajaran sepanjang malam.

Dia dan rakan sebiliknya, Huang Lu, 21, merupakan pelajar Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian, dalam wilayah Fuzhou yang terletak di tenggara China.

Tang dan Lu mendapat idea tersebut daripada buku sejarah yang menceritakan perbuatan serupa dilakukan oleh beberapa cendekiawan China.

"Chen begitu bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan sehingga dia sanggup menyangkut rambutnya supaya tidak terlelap semasa mengulang kali pelajaran," kata Tang

No comments :

Post a Comment