keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

21 June 2014

ruam pada kulit...kanebo mula bayar pampasan kepada pengguna



produk  kosmetik  kanebo



ruam pada kulit  setelah memakai kosmetik berkenaan .

TOKYO - Firma kosmetik Jepun, Kanebo akan menawarkan pampasan sementara kepada 4,000 orang yang mengalami ruam pada kulit mereka selepas menggunakan krim pemutih popularnya, kata seorang jurucakap firma berkenaan semalam.

Angka tersebut mewakili lebih satu perempat daripada 15,000 aduan pengguna di Jepun berhubung 54 produk Kanebo yang mengandungi bahan kimia Rhododenol.

Pada tahun lalu, berjuta-juta barangan kosmetik ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi Rhododenol.

Sebelum ini, Kanebo menyatakan, pihaknya akan membuat pembayaran kepada pelanggan yang terjejas tetapi memutuskan untuk menangguhkan bayaran pampasan itu..

Namun, semalam seorang jurucakap kanebo berkata, pihaknya telah mula membayar kos rawatan untuk pelanggan yang terjejas dan akan mula membayar ganti rugi sementara untuk kos cuti yang terpaksa diambil mereka bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pembayaran itu akan dibuat kepada lebih 4,000 orang yang masih mengalami parut hampir setahun selepas berhenti menggunakan produk tersebut.

"Sebelum ini, kami menyatakan kami akan membayar pampasan dan kos cuti yang terpaksa diambil sementara menunggu mereka sembuh tetapi kami kini memutuskan untuk membuat pembayaran awal jika pelanggan yang terjejas mahu menerimanya," kata jurucakap itu.

"Kami akan mengutus surat kepada semua pelanggan berkenaan menjelang hujung bulan ini," tambahnya.

Menurut jurucakap sama, jumlah pembayaran yang akan dibuat kepada setiap individu berkenaan adalah berbeza tetapi enggan mendedahkan jumlah pampasan sementara itu.

Namun, agensi berita Jiji Press melaporkan keseluruhan pembayaran awal tersebut mencecah puluhan juta dolar Amerika Syarikat

No comments :

Post a Comment